Quantcast
Channel: Blog Abah Careno
Viewing all articles
Browse latest Browse all 736

Legoland Malaysia Catat Rekod Tersendiri

$
0
0

Tahniah Legoland Malaysia kerana berjaya menempa nama dalam Malaysia Book Of Records iaitu membina Limau Mandarin Terbanyak yang dibuat dari brick lego...

Sebelum ni aku pernah ceritakan (klik sini) yang Legoland Malaysia meraikan pengunjung yang hadir sepanjang bulan Februari bersempena sambutan Tahun Baru Cina... Jadi pengunjung yang datang ke Legoland Malaysia bermula 1 Februari 2015 sehingga 22 Februari 2015 digalakkan untuk membina limau mandarin dari brick lego untuk dikira bersama dalam usaha mencipta rekod Malaysia yang terbaru...


Akhirnya sebanyak 2,015 biji limau mandarin dibina dari brick lego yang dihasilkan oleh pengunjung yang berkunjung ke Legoland Malaysia... Sasaran asal hanya 1,888 biji limau mandarin jer tapi sebab sambutan dari pengunjung yang menggalakkan akhirnya terhasil sebanyak 2,015 biji... Untung laaa sape yang dapat buat limau mandarin tu... aku tak berkesempatan pun... huhuhu...


Tapi dapat la aku bergambar kenangan dengan limau mandarin tu pada majlis penyerahan sijil pengiktirafan dari Malaysia Book of Records... dapat la tengok limau mandarin tu dengan lebih dekat... tu angka 2015 yang colur oren tu adalah limau mandarin dari brick lego laaa... tengok dari jauh mungkin korang tak perasan...

Ni aku zoom untuk korang tengok... Ini lah die bentuk limau mandarin yang dihasilkan...

Sekali lagi tahniah kepada Legoland Malaysia di atas kejayaan mencipta rekod baru ni... tahun depat buat lagi k... hehehe...

Limau mandarin dari brick lego ni ada dipamerkan kepada pengunjung di dalam Taman Tema Legoland sehingga 10 Mac 2015...

Facebook : Legoland Malaysia
Laman Web : www.LEGOLAND.my





Viewing all articles
Browse latest Browse all 736

Trending Articles