Jangan ingat selebriti jer boleh menang award... sekarang ni pengamal media sosial pun boleh hokeyyy... Tak sangka pulak Digi WWWOW Award dah masuk tahun kelima tahun ni... Sama dengan usia blog aku...
Korang tahu tak Digi WWWOW Award tu ape?
Digi WWWOW Award adalah anugerah dan pengiktirafan yang diberikan kepada pengamal media sosial termasuk blogger sebagai mengiktiraf pencapaian dalam bidang masing-masing... Kalau tahun lepas hanya ada tiga katigori jer iaitu Commerce, Content dan Community tapi tahun ni Digi WWWOW Award lebih meriah dengan memperkenalkan 8 katigori iaitu :
i) Videos & Photography
ii) Social Influencers
iii) Independent Publishers
iv) Web Commerce
v) Mobile Apps Commerce
vi) Social Media Commerce
vii) Social Impact
viii) Social Gathering
Waaaa... lebih banyak la peluang untuk dimenangi... Pemenang bagi setiap katigori akan memenangi wang tunai RM10,000 dannnn paling teruja adalah pemenang bagi setiap katigori berpeluang untuk lepak, berbincang dan mendapatkan khidmat nasihat bersama pakar dalam bidang berkaitan bagi mengembangkan perniagaan, platform dan usaha sosial mereka... Perghhh...
Ehhh... Aku nak masuk pencalonan jugak la... kehkehkeh... Tapi boleh ke?... Haa... mesti la boleh sebab penyertaan adalah terbuka kepada sesiapa pun... Nak calonkan diri sendiri pun boleh, nak calonkan member-member pun boleh... So, cepat calonkan aku... Wakaka... Tapi kena pastikan katigori mana yang sesuai... Macam aku ni sesuai katigori Independent Publishers sebab segala benda aku nak kongsi kat Blog Abah Careno ni... hehehe...
Okehh... Pencalonan dah pun dibuka dan akan berakhir pada 14 Oktober ni... Pemilihan pemenang akan dibuat dalam beberapa peringkat... Peringkat pertama adalah undian dari orang ramai dan kemudian undi popular tu pulak akan ditapis dan diadili oleh juri profesional... Kebiasaannya calon yang bertanding akan dipilih berdasarkan kualiti dan originaliti content, keunikan tersendiri dan tahap populariti yang dapat memberi inspirasi kepada orang lain...
Haaa... dalam 8 katigori yang dipertandingkan ni, aku paling teruja nak tengok pencalonan untuk katigori Mobile Apps Commerce... Mesti banyak lagi perniagaan online yang ada mobile apps sendiri untuk tujuan bisnez yang aku belum tahu...
Aku ni antara orang yang memang selalu jugak beli barang online... Dan aku paling suka bila nak membeli guna applikasi yang ada kat phone... senang wehhh... klik klik slide slide dah terrrrr beli... Sambil mengasuh teman Azif guling-guling pun boleh membeli... tau tau barang sampai rumah... hahaha...
Applikasi perniagaan online dah semakin jadi trend terkini... orang sekarang ni semuanya nak mudah dan nak cepat... Tengok jer contoh macam Applikasi Zalora yang ada dalam Play Store tu... korang dah download belum? Serius memang memudahkan urusan membeli... Ade duit semue jadi...
Aku dulu pernah jugak try buat bisnez online dengan Miss Permaisuri aku tu... kitorang jual kain dari Indonesia... Kalau ada apps sendiri kan senang... Ambik gambar, upload, letak detail dan tunggu jer notification masuk... Haa... kite yang meniaga senang, orang yang membeli pun senang... Pastu boleh masuk anugerah ni... untung-untung menang dapat la lebarkan lagi bisnez...
Okeh okeh... berbalik kepada Digi WWWOW Award yang akan berlangsung pada malam gemilang 20 Novermber 2015... Jangan lupa untuk mengundi calon pilihan korang nanti bermula 19 Oktober hingga 30 Oktober 2015... Boleh dapatkan info lanjut di www.wwwow.my dan jangan lupa kongsikan sokongan korang di media sosial dengan hastag rasmi #DGWWWOW
Digi #WWWOW2015 Award... mungkin korang adalah Hero Internet yang setrusnya...