Quantcast
Channel: Blog Abah Careno
Viewing all articles
Browse latest Browse all 736

Agrofarmstay Melaka - Resort paling best untuk program berkumpulan

$
0
0
Akhirnya sampai jugak aku kat Resort Agrofarmstay, Durian Tunggal Melaka... Hari tu aku guna waze nak ke sini... Sekali ke troll dengan waze daaa... sesat barat jadinya walhal tempat ni tepi jalan jer kowt... siot jer... Pastu guna google map baru betul... Cisss....


Motif aku ke sini adalah untuk hadir Bengkel Fotografi anjuran Kelab Blogger Ben Ashaari bersama pengajar fotografi profesional iaitu Adhadi Mohd...

Semua pun tau kan yang perangai blogger suka ambik gambar... Contoh kalau korang pergi makan pastu nampak ada orang yang sebok ambik gambar kedai makan dengan gambar makanan... Haaaa kemungkinan besar blogger la tu...

Disebabkan ramai antara blogger yang hanya tahu ambik gambar tapi tak tahu skill yang betul untuk menghasilkan gambar dengan baik, maka sebab itu la bengkel ni diadakan... CIter pasal bengkel fotografi tu nanti aku akan update kemudian...

Kali ni aku nak review dulu kemudahan yang ada kat Resort Agrofarmstay ni... Mana tau kot dapat bantu korang yang tengah planning nak buat aktiviti berkumpulan macam hari keluarga ke, team building ke, majlis perkahwinan ke... seminar atau bengkel macam kitorang ni ker... boleh la buat kat sini...


Kawasan resort ni agak besar... korang tengok sendiri dalam peta atas ni... Penginapan ade beberapa jenis ikut keselesaan dan keperluan... Ada villa untuk yang datang dengan family... ada chalet... ada dorm.. ada jugak bilik twin sharing... aku dapat bilik twin sharing kongsi dengan blogger sengal si ujang...


Keadaan dalam bilik bersih dan kemas cuma tak setanding hotel... yer la kannn... tempat gini jangan pulak nak compare dengan hotel... sebelum ni Kelab Blogger Ben Ashaari pernah jugak anjur family day kat sebuah resort yang ada kemudahan aktiviti berkumpulan macam ni tapi personally kemudahan penginapan kat Agrofarmstay ni jauh lebih selesa dari resort yang dulu tuuu...

Ni bukan gambar cctv yer.. korang jangan risau ada cctv dalam bilik... Si budak ujang tu gigih nak ambik gambar bilik guna gopro die tapi gambar aku nampak kaki jer... bengong betul...

Yang ni penginapan jenis resort... kemain colurful...


Bangunan atas bukit sebelah padang ni ade villa untuk family... dalam tu ade 5 bilik lengkap dengan bilik air setiap bilik... ade ruang tamu lengkap dengan astro Njoy dan ade dapur jugak... Untung la geng yang dapat stay villa ni hari tu... dah macam duduk banglo mewah dah...

Padang tempat buat aktiviti sukan memang bersih dan terjaga...


Disebabkan dalam KBBA ni ade si Radzi si cikgu zumba bertauliah... setiap kali ade peluang memang wajib kitorang selitkan aktiviti zumba... Best wehhh.. Tapi sebab aku dah lama tak bersukan.. terasa sakit jugak la betis ni kena seksa dengan si Radzi hari tu... huhuhu...


Dewan makan terbuka... best!!! Aku suka sebab sambil makan boleh kena angin desa... Kalau nak buat aktiviti kat dewan terbuka ni pun boleh jer... Mana tau kot tiba-tiba hari hujan ke, ade jugak ruang untuk aktiviti indoor...

Ruang makan agak besar dan selesa...

Surau Teratai ni pun konsep terbuka... atas kolam teratai... 

Hari tu bengkel fotografi kitorang buat dalam bilik tertutup dan berhawa dingin ni... Kemudahan projektor dengan sound sistem memang dah disediakan...

Kalau nak guna bilik kelas atau bilik meeting pun ade... Agak lengkap jugak kemudahan yang ada kat sini...  

Resort ni nampak jer macam ala-ala desa tercinta tapi kemudahan swimming pool pun ade... ade pool dewasa dan jugak kanak-kanak... yang dalam gambar atas ni kat hujung sana tu adalah pool kanak-kanak berbumbung... Bebudak kan jenis berendam dalam kolam lame-lame... so takyah la risau diorang sun burn ke ape ke sebab kolam diorang berbumbung...

Bayangkan kalau buat family day sini pastu ade water game kat dalam pool ni... Perghhhh... best siot... Macam-macam game boleh main dalam pool ni...

Kalau nak aktiviti lasak sikit pun ade gak... boleh berkayak kat sungai ni... Ehhh... sungai ke kolam ntah...

Ujang dan 'Bujang' bermesra... kehkehkeh... Kuda ni nama Bujang.. kat sini ada mini zoo... ada kuda, kambing, merak, arnab, itik dengan beberapa jenis binatang lain lagi... tapi time kitorang datang ni tempat binatang-binatang tu tengah buat baru... so, diorang pindahkan ke tempat lain sementara... cuma ade si 'Bujang' ni jer yang rajin dok melayan orang...

Okeh... Kat Resort Agrofarmstay ni ada bangunan kasut yang cantik macam ni... Unik dan menarik kannn... Mulanya aku ingatkan bilik penginapan... Baru nak request bilik yang ni... Rupenyer ni adalah bilik karaoke... Hohoho...

Ni ruang dalam bilik kasut tu... Dah macam dalam gua dah... Malam tu lepas semue dah balik bilik, aku dengan ujang dok melalak kat sini sampai pukul 1 pagi... Itu pun berhenti sebab masing-masing dah jadi suara itik... hahaha....


Apapun kenangan kat Resort Agrofarmstay ni memang sangat best... cumanya ada beberapa kelemahan sikit-sikit tu normal la kannn... Masih ada ruang untuk diperbaiki lagi oleh pihak resort... Lagi pun tempat ni masih dalam proses meningkatkan kemudahan yang ada... 

Kalau korang tanya aku best tak buat aktiviti berkumpulan kat sini... Yesss memang aku rekemen tempat ni...

Dua hari kitorang kat sana, time balik semua happy jer... Nanti kite buat lagi program macam ni k...

Kalau berminat nak tahu lebih lanjut atau nak booking atau nak tahu pakej yang ada kat sini... Korang boleh chek detail yang aku bagi kat bawah ni...


Encik Bari - 012-211 8246
Encik Mat - 016-209 8623

Alamat:
Lot 453,
Batu 13, Jalan Tebong/ Machap, 
76100, Durian Tunggal, 
Melaka 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 736

Trending Articles