Quantcast
Channel: Blog Abah Careno
Viewing all articles
Browse latest Browse all 736

Brolly Crab Factory Restoran Yang Unik & Menu Yang Menarik

$
0
0
Kalau dulu nak cari kedai makan kite hanya fikirkan dua benda... Sedap ke tak? atau harga berbaloi ke tak? Sekarang ni kena fikirkan 1 lagi faktor lain iaitu konsep dan dekorasi kedai makan... menarik ke tak?

Sekarang ni trend cafe hipster tengah 'in' dalam masyarakat kite... Asalkan cafe atau restoran tu unik dan menarik dah boleh dianggap sebagai hipster dah... Unik dan menarik tak semestinya dekorasi atau konsep semata-mata tapi termasuk juga dengan menu...

Brolly Crab Factory yang terletak di Menara Felda dekat dengan KLCC memang ada keunikan yang tersendiri... Baru-baru ni aku dengan geng Kelab Blogger Ben Ashaari ada buat gathering kat situ... Aku tertarik dengan konsep 'bengkel' yang diketengahkan dalam restoran ni...

Bahagian luar restoran ada bas mini...

Bahagian dalam restoran kemas dan menarik...

Ruangan basuh tangan yang sangat kreatif...

Cermin muka guna side mirror...

Hiasan dinding menggunakan peralatan yang ada dalam bengkel...

Kereta digantung terbalik... kredit gambar

Sport rim disusun dan dijadikan dinding pemisah untuk function room...

Suke giler dengan konsep restoran Brolly ni... Dan yang lebih menarik lagi kat sini ada banyaaaaak pilihan menu dari local food, western, italian dan seafood... Jom aku tayang menu yang kitorang try malam tu... Aku izinkan korang jilat screen kalau rasa tak tahan dengan gambar yang ada... hahaha...

Aneka Satay... ada ayam, daging, kambing, udang & sotong - RM9.00 - RM16.00
Cencalok Fried Chicken Wings - RM22.00
Chicken Burger - RM34.00
Beef Burger - RM32.00
Lambogarlic Pizza - RM34.00
Beef Yakiniku Omelette Curru Don - RM28.00
Seafood Fried Rice Lunch Tray - RM28.00
Ayam Percik Lunch Tray - RM26.00
Beef Ribeya with Mushroom Sauce & Mash - RM78.00
Beef Sirloin with Black Perpper Sauce & Fries - RM65.00
Haaa banyak giler menu yang kitorang order hari tu... kitorang makan kongsi-kongsi sebab nak rasa semua menu... Masa ni aku dah ketat perut.. kenyang giler walaupun makin sikit-sikit... Dah puas kontrol makan sebab nak simpan space untuk seafood pulak...

Dah habis 1st round kitorang relaks kejap bagi makanan turun sampai ke kaki dulu sementara tunggu diorang clear table... lepas tu start 2nd round dengan menu seafood pulak... Kalau korang cari restoran seafood di tengah KL meh try sini... Seafood bag!!!

Muka teruja bila diorang start tuang seafood bag atas meja... Kali ni aku dah tak kekok makan seafood sebab sebelum ni dah ada pengalaman masa makan kat Crab Hut Cyberjaya... hehehe..

Korang boleh 'customade' seafood bag korang sendiri... Caranya pilih seafood sama ada 1,2 atau 3 jenis ikut kesukaan korang... Pastu pilih sos dan level pedas yang korang nak... Pastu pilih 1 atau 2 bag buddies sebagai pelengkap kepada seafood bag korang... Malam tu kitorang try 3 jenis seafood yang berlainan sos dan rasa... 

Flower Crab Set Spicy Plum Sauce - RM109.00
Flower Crab Set Mild - RM109.00
Meat Crab Set Garlic Butter - RM174.00

Boleh nampak kan kegigihan aku... dah pandai guna tools yang diorang sediakan untuk makan seafood... hehhee...

Kemain Yanie dengan Lyssa makan seafood... tools ade tak guna pun... guna gigi jer.. kehkehkeh...

Semua puas hati dengan menu yang ada...

Penutup malam tu dengan desert yang super ohsemmmm...
Tiramisu - RM16.00 & Chunky Peanut Butter - RM18.00
Waffle with caramel - RM20.00
Sekarang ni Brolly Crab Factory ada buat Promo sepanjang bulan March 2016... Boleh refer poster kat bawah ni...



Maklumat Lanjut:

Brolly Crab Factory 
Menara FELDA, Platinum Park, No 11, 
Persiaran KLCC, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-2181 4122



Viewing all articles
Browse latest Browse all 736

Trending Articles