Quantcast
Channel: Blog Abah Careno
Viewing all 736 articles
Browse latest View live

Kenny Rogers Roasters ada menu baru

$
0
0
Kenny Rogers Roaster (KRR) kini ada menu terbaru Kenny's Honey Glazed Chicken seperti dalam gambar bawah ni...

Korang lapar tak? Kalau tak lapar apa kata try tenung gambar ni lama-lama... hahahaha... 

Sedap giler wehhh... menu kat Kenny Rogers memang tak pernah mengecewakan aku... nampak ayam die dok bergolek dalam kebuk pembakar tu memang boleh buat nafsu makan aku jadi huru hara... hahaha...

Semalam aku dengan family sempat la ke majlis santai blogger dengan pihak Kenny Rogers Roasters kat Times Square untuk cuba menu baru diorang, Kenny's Honey Glazed Chicken... Secara jujur memang aku suke sangat dengan menu terbaru ni... ayam yang dipanggang disalut dengan madu memang serius sedappp... dan paling penting konsep ayam rendah kalori tu masih dikekalkan malah ada khasiat tambahan dari madu...

Akiff pun cakap sedap... die tu cerewet bab makan tapi semalam bile die rasa ayam yang ada madu tu kemain mintak nak banyak... aku dengan Miss Permaisuri kena share bagi ayam kitorang kat die sorang sikit... rasa macam nak mintak extra sepinggan lagi tapi malu lak... kehkehekeh... takpe, minggu depan kite repeat balik... kena ambik sorang sepinggan... takmo share...

Ehhh haaa... Nah Azif tunjuk kertas menu tu... harga bagi aku memang munasabah ia... ade 3 pilihan iaitu Honey Glazed Chicken Meal, Honey Glazed Chicken Lite Meal dan Honey Glazed Chicken Soup Meal... pilih sendiri nak yang mana...

Ais krim single happiness ni boleh add on dari set tu... 

Akiff kusyuk layan ais krim... 

Haaa... Muffin kat Kenny Rogers ni memang berhantu.,.. sebab kalau korang dah rasa sekali kompom jadi macam aku, lalu jer depan Kenny Rogers mana-mana mesti nak singgah tapow muffin die... pelik lak aku sebab sedap die tu lain macam bile makan panas-panas... sorang sebijik memang tak cukup...

Memang selalu ramai jer yang tapow muffin tu...

Nyummmm... sedappppp...

Antara blogger yang ada semalam... Thanks Kenny Rogers Roaster sebab sudi jemput aku sekeluarga dan jugak rakan-rakan blogger lain untuk test menu terbaru diorang.. memang sedapppp!!!! Korang jangan lupa try menu terbaru Kenny's Honey Glazed Chicken ni cepat sebab menu ni bukan permenant kat situ... Limited timeonly!!!... Lebih kurang 2 bulan jer menu ni ade... lepas tu dah takde lagi dah... rugi kalau tak sempat try... So, cepat-cepat ke Kenny Rogers Roaster untuk cuba kesedapan menu ni sendiri...

Haaaa... sempena dengan promosi Kenny's  Honey Glazed Chicken ni, pemegang kad KRR boleh menikmati diskaun 5% dari keseluruhan bil dengan pembeliaan Kenny's Honey Glazed Chicken sekiranya membuat pembayaran melalui kad KRR tu... boleh juga add on Soup of the day & ice cream single happiness atau iced lemon tea dengan hanya tambahan RM3.50*...

Aku dah ada kad KRR ni... korang bila lagi? Hehehe... Banyak benefit bile ade kad ni... Nak tahu lebih info pasal kad ni boleh klik sini...

Untuk info lanjut dan promosi terkini boleh layari :


Giveaway Legoland, Blog Abah Careno

$
0
0
Giveaway ni aku ada anjurkan minggu lepas kat instagram aku... sajer buat suke-suke sebab minggu sebelum tu aku ade ke Legoland... ni kirenyer teaser aku sebelum aku keluarkan entry pasal tarikan terbaru yang ada kat Legoland Malaysia...

Tahniah kepada pemenang yang telah dipilih secara rawak... terima lah ole-ole tak seberapa dari aku ni... hehehe...

Jemput la follow instagram aku @lan_careno (klik)



Tarikan terbaru Legoland Malaysia - LEGO Ninjago Live Show

$
0
0
Legoland Malaysia perkenal tarikan terbaru untuk pengunjung... Ni kali ketiga aku ke Legoland dan aku tak pernah rasa jemu ke sini sebab Legoland Malaysia sentiasa ada tarikan terbaru untuk pengunjung... Bukan Akiff jer excited bile nak ke sini tapi aku yang remaja purba ni pun tumpang teruja...


25 Ogos lepas aku dengan Ujang, Sue dan jugak Qaseh wakil dari Kelab Blogger Ben Ashaari dijemput ke Legoland Malaysia untuk melihat sendiri persembahan pertama Ninjago The Realm of Shadow Live...

Majlis pelancaran ni di sempurnakan oleh Dato' Mirza Mohammad Taiyab iaitu Pengurus Besar Tourism Malaysia dan Mark Germyn selaku Pengurus Besar Legoland Resort Malaysia...

Dalam majlis tu jugak dipersembahkan aksi Ninjago sebagai memperkenalkan antara watak yang ada dalam persembahan Ninjago The Realm of Shadow Live...


Gempak jugak diorang ni... badan boooolat pun boleh lompat tunggang terbalik... hahaha... memang betul-betul Ninjago nihhh...

Selesai upacara rasmi perasmian Ninjago The Realm of Shadow Live, kitorang dibawa masuk ke dalam Lego City Stage untuk persembahan pertama Lego Ninjago ni... 

Ni antara watak yang ada... watak-watak utama dalam show ni adalah Kai, Nya, Zane, Cole dan Lloyd...  show ni berkisar tentang misi melindungi Yin Yang Dragon dari dicuri oleh Evil Clousedan Shadow Minions sebab baby dragon tu nanti diramalkan akan membesar menjadi sangat kuat dan berkuasa... Jadi diorang kena selamatkan Yin Yang Dragon tu dari terlepas ke tangan pihak jahat... Yang menariknya, show ni jugak ada memerlukan kerjasama penonton untuk sama-sama membantu diorang... Korang memang kena tengok sendiri show ni... memang bestttt!!!

Skrip untuk pementasan ni ditulis sendiri oleh pemenang anugerah Hollywood iaitu Kevin dan Dan Hagemen... diorang ni jugak yang buat skrip untuk film Lego The Movie dan siri Ninjago... hebat giler kannn...

Korang cuba perhatikan gambar-gambar atas ni... nampak kan yang latar belakang dan lokasi tu sentiasa bertukar dan berubah.. sebenarnya atas stage tu jer, memang tempat sama cuma background tu adalah dari pancaran cahaya... bende tu akan bertukar dan bergerak dan memang terasa real giler... rasa macam kite ade dalam show tu sekali... Dah la aku 1st time tengok show live cenggini... kagum giler rasanya...

Setiap watak lego tu dikendalikan oleh lebih dari sorang untuk menggerakkan dia seperti hidup... memang perlu latihan yang kuat untuk mahir sebab pergerakan mulut ketika bercakap, body language dan gaya bercakap puppet lego ni memang real... macam hidup... tak nampak kaku langsung...

Okeh ni bayangan yang korang akan nampak... orang yang serba hitam tu ibarat bayang-bayang watak tu laa.. diorang yang menghidupkan watak ni... tapi serius cakap, aku tak terganggu langsung dengan pergerakan orang hitam tu sepanjang show sebab masa show tu aku hanya nampak watak lego ninjago tu macam bergerak sendiri jer... Show selama 20 minit ni memang terasa kejap jer...

Ni antara pemain watak-watak tu dan paling bangga ialah diorang ni adalah anak tempatan sendiri yang menjayakan watak-watak ni... Fuhhhh... terbaek la korang!!!

Habis show macam biasa laaa... Akiff start terpengaruh dengan watak Ninjago... sebelum ni die tak layan sangat Ninjago tapi tibe-tibe jer boleh terminat pulak dengan Ninjago... hahaha...

Haaaa nampak... hahaha... bile tengok Akiff happy dan enjoy layan show ni... aku lagi berganda la happy nyaaaa...
Korang yang ke sana nanti jangan lupa bergambar dengan maskot Lego Ninjago ni... 

Thanks Legoland Malaysia sebab jemput kitorang... bangga rasanya dapat jadi antara yang pertama tengok show ni... Korang yang dah plan nak ke Legoland Malaysia boleh la plan cepat-cepat ke sana... aku yakin Ninjago The Realm of Shadow Live ni akan jadi antara pengalaman terbaek korang sepanjang visit korang ke Legoland Malaysia....

Tahniah Legoland Malaysia sebab sentiasa menyediakan sesuatu yang terbaru dan hebat untuk pengunjung...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tahukah anda!
LEGO Ninjago Live Show ni adalah seperti persembahan puppet tradisional Jepun.

Tahukah anda!
Setiap watak pupper lego Ninjago adalah berketinggian 1.2 meter...

Tahukah anda!
Untuk menyiapkan satu watak pupper lego Ninjago ni memerlukan antara 12-15 orang tukang dan disiapkan lebih dari 180 jam...

Tahukah anda!
Dragon dewasa dalam persembahan ni memerlukan tempoh masa paling lama untuk disiapkan...

Tahukah anda!
Setiap puppet diperbuat dari EVA foam, plastik, aluminium, carbon fiber dan fabrik...

Tahukah anda!
Puppet Lego Ninjago adalah hasil cantuman 32 bahagian untuk membentuk 1 puppet...

Tahukah anda!
Setiap puppet Lego Ninjago dikawal oleh dua orang iaitu sorang kontrol bahagian badan untuk body language dan sorang lagi kontrol kepala termasuk pergerakan mulut puppet...

Akiff teruja dengan tarikan terbaru di Waterpark Legoland

$
0
0

Ade tak bebudak yang tak suka main air? Ade kot tapi memang sangat rare la kalau ada pun kannn... 

Kemain seronok Akiff dapat main air... main air memang suke tapi bile ajak masuk tempat dalam sikit terus tak nak... penakut budak ni... dia kata takut abah lepaskan dia kat air dalam tu... hahaha... siot... tak percayakan abah sendiri... ni trauma kes aku nak ajar die berenang dulu la ni... wakaka...

Untuk info, gambar atas ni diambil dengan handphone Sony Experia Z3 baru aku... sajer nak riak dan bagi tau handphone aku boleh masuk dalam air oiii... hahaha... statement takde kena mengena....

Okeh... Ni kali kedua aku bawak Akiff berjimba main air kat waterpark Legoland... dah banyak entry aku buat pasal waterpark ni.. memang seronok nak bercerita dalam blog sebab banyak sangat benda nak sharing... Ni antara entry aku sebelum ni...

Pengalaman bersuka ria di Waterpark Legoland(klik)
Kemudahan yang ada di Waterpark Legoland(klik)
Waterpark Legoland ada Baby Care Room(klik)

Tapi kali ni aku nak share pulak pasal tarikan terbaru yang ada dalam Legoland Waterpark ni... mula-mula Akiff tak perasan lagi mendalah ni sebab die dok syok layan ombak kat Beach Grill... pastu aku tunjuk kat dia port baru ni...

Build-A-Boat... ternganga Akiff tengok tempat main ni... menjerit seronok dia... Dulu zaman kite ade gak main macam ni kan... buat boat dengan kertas pastu main kat longkang atau tempat air mengalir... hahaha... teringat pulak zaman dulu... bebudak sekarang mana ada main gitu lagi dah... Ni haaaa mainan diorang... kerlassss koooo... aku yang bapak budak pun teruja tengok diorang buat tempat ni... kemain lagi siap ade jeram dan laluan arus yang menarik...

Build a boat ni adalah game dimana kite creat boat guna lego yang disediakan pastu berlumbe tengok boat sape yang sampai penamat dulu dalam keadaan masih elok dan tak karam...


Tapi jangan risau sebab tapak asas boat ade disediakan kat situ... macam gambar atas ni... lepas tu guna la skill masing-masing nak deco dan buat boat tu lebih menarik dan kukuh...


Akiff tengah men'deco' boat dia...

Kemain fokussss...

Yeaaaa... dah siap... ready untuk berlumba...

Akiff dah ready nak berlumba boat... dah ambik tempat dah...

Tengok Akiff... macam tak puas hati sebab budak tu pegang boat die... hahaha... Budak sebelah kanan Akiff tu pulak tolong pegangkan gear pelepasan,.. nanti bile semue dah ready die akan tolakkan gear tu untuk melepaskan boat serentak...

Akiff dok ulang main boat ni jer... lama gak la aku biarkan die kt situ sampai baju die pun dah nak kering... last-last aku bawak die main kat lain lak... takkan nak fokus 1 tempat jer kan sebab kat dalam waterpark tu banyaaaaaak lagi tarikan lain...

Serius memang tak pernah jemu nak ke sini... korang yang belum pernah ke World Largest LEGOLAND Waterpark ni boleh la start planing bawak anak-anak... sebab kat sini ada lebih dari 20 tarikan permainan untuk dicuba... kompom puas hati dan rasa berbaloi giler... 

Info lanjut boleh bukak website LEGOLAND(klik) untuk promo terkini dan info tiket...

Bila fikiran Akiff terganggu

$
0
0
Ni aku nak citer semalam punya kes sampai berdekah aku gelakkan si Akiff... Malam semalam Miss Permaisuri turun ke parking sebab nak simpan barang dalam keter... Masa nak turun tu Akiff tanya Ummie nak ke mana... Miss Permaisuri jawab nak pegi work... 


Akiff agak heran sebab dah malam takkan nak g work pulak... Tapi die tetap salam Miss Permaisuri sebelum babai...

Lepas tu die dok perhati jer Miss Permaisuri dari tingkap rumah... Aku sajer la tambah gusar Akiff dengan cakap ummie nak pegi work kat Sarawak...

Pastu Akiff terus macam muka pasrah tapi dok jengok jer dari tingkap... Masa tu aku tengah tukarkan baju si Azif... 

Pastu aku mintak tolong Akiff masukkan baju kotor Azif dalam bakul baju sebelah mesin basuh...

Akiff dengan fikiran terganggu sebab dok teringat Ummie die nak ke Sarawak tu dengan selamber ambik baju kotor Azif...

Tapi bukan die masukkan dalam bakul baju... die menonong jer jalan ke dapur pastu boh baju kotor Azif tu dalam bakul sampah... Hahahaha...

Aku dah mengekek gelak tengok dia... Pastu baru die perasan die silap letak baju tu then pegi ambik balik baju tu dan masukkan kat dalam bakul baju sebelah mesin basuh...

Masa tu jugak Miss Permaisuri bukak pintu dan masuk rumah... Yeaahhh... Seronok Akiff bersorak. "Ummie tak pi Sarawak pun" kata Akiff... Hahahhaa... Aku citer kat Miss Permaisuri, berdekah die gelak...

Alahai.. Sian Akiff kalau ummie kena g kejer kat Sarawak lagi... Boleh terganggu emosi dia...

Huhuhu... Aku tak leh bayang kalau la sampai sekarang Miss Permaisuri masih mengajar kat Sarawak... Oh tidakkkk... Syukur kami sekeluarga dah tinggal sekali...

Belajar Perbaiki Personaliti Dengan Perunding Imej Bertauliah

$
0
0
Aku kalau bab imej ni rasanya memang agak berbeza sebelum kawin dengan lepas kawin... Sebelum kawin memang dressing konon nak melawa tapi ampeh... malu sendiri bile tengok balik gambar-gambar lama... hahaha... ce korang tengok ni...

Muahahahhaa... Giler teruk cara aku berpakaian dulu... Baju mesti nak 2 lapis... Pastu saiz lak besar tak ikut saiz badan... bab rambut takyah cakap la kannn... 4U2C habissss... wakaka...

Lepas dah kawin baru la berubah style penampilan aku... Lebih kepada simple dan selesa... Takde lagi dah belapis-lapis dan baju besar...


Haaa.. ni semue gambar lepas kawin... Style berpakaian dah berubah... gaya rambut pun dah berubah... Baju selagi boleh nak fit tapi selesa... Tapi masa tu bentuk badan cun lagi... Perut masih boleh dibanggakan lagi... Hahaha... Sekarang tak boleh nak fit sangat dah sebab perut tu mengganggu personaliti... Hehehe...


Cakap bab personaliti, baru ni aku berpeluang hadir bengkel personaliti yang dikendalikan oleh Perunding Imej Bertauliah iaitu Wawa Idris... Gilerrrr besttt!!!



Gaya penyampaian die memang sempoi dan jelassss... paling aku suke bile die banyak berinteraksi dengan peserta... lepas tu die panggil sorang-sorang ke depan then die komen bab pakaian... ape yang sesuai dan tak sesuai... dan ape yang perlu dibuat untuk nampak lebih stylista...

Sebenarnya tak perlu pun berlebihan dalam berpakaian, apa yang penting kite tahu kesesuaian pakaian tu dengan tempat dan acara yang nak kite pergi tu... bende tu yang die banyak dikongsikan... kadang-kadang kite ni berpakaian dah elok dah cuma tak sesuai dengan majlis jer...

Then satu lagi ade jugak tips nak nampak diri lebih tinggi atau lebih kurus atau lebih melebar atau lebih cunnnn... tapi yang utama kena analisis dulu bentuk badan kite ni macam mana dan kenali part mana kat body ni yang korang takmo expose... 

Contoh ada yang paha besar, nak sembunyikan paha tu kena la pakai cara yang boleh hide kan penglihatan orang kat paha tu... atau pun mungkin perut kite ni berlipat-lipat... so, pakaian tu kena sesuai supaya lipatan kat perut tu tak jelas kelihatan... yang ni aku rasa ramai jer kot yang pakai selagi boleh yang kat lipatan perut tu nak deco bagi orang fokus kat situ... huh...

Haaa.. ni antara aktiviti yang dibuat hari tu... mix and match... semue bawak baju sorang sepasang pastu pakat mix and match kan baju yang ada tu untuk look better and great...

Wawa tengah explain kesesuaian baju yang di match kan...

Selain tu... ni antara kejer kitorang hari tu... menari dan menyanyi dan berselfie... hahaha...

Haaaa nampak kan... havoc giler bengkel personaliti ni... memang happening dan meriah.... 

Serius cakap... STYLE WORKSHOP by Wawa Idris memang best giler... Gaya penyampaian die sangat santai dan sempoi tapi penuh dengan ilmu...  Wawa Idris ni bukan calang-calang orang sebab die memang berpengalaman dalam mengendalikan kursus dan seminar berkaitan imej dan penjenamaan (personal branding)... 



WAWA tu sendiri sebenarnya membawa maksud Wow Attitude Wow Attire... Kerlasssss kann... Semoga ilmu yang dikongsikan sepanjang bengkel hari tu dapat digunakan oleh semua blogger dengan sebaik mungkin terutamanya bila perlu hadir mana-mana event...

Apapun berbanyak terima kasih kepada semua penaja yang menyokong program Kelab Blogger Ben Ashaari kali ni... Antaranya yang bawah ni...






Dan semestinya gambar-gambar yang cun tu dari  Jurufoto Rasmi - Uncle Kay Photoworks(klik)

Dan rakaman video yang ohsemmm dari Kaio Creative Studio(klik)




Breakout Games! Cemasss dan mencabar minda

$
0
0
Sebelum ni layan kat movie jer, now aku dah merasa sendiri... Cemas oii... Tapi seronok!!! Bayangkan kena kurung dalam 1 ruang misteri pastu dalam tempoh masa 45 minit korang kena keluar dari tempat tu, kalau tak nanti 'mati'...

Haaa... Ni bukan dalam film tau tapi realiti punya... Ni namanya permainan berkonsepkan 'escape game' yang aku dah cuba sendiri kat Breakout, Nu Sentral..


Aku dengan team Kelab Blogger Ben Ashaari dijemput untuk merasai sendiri game mencabar minda di Breakout yang terletak di Nu Sentral.


Teruja punya pasal, awal-awal pagi aku dah tunggu depan Breakout... Pintu pun tak bukak lagi... Breakout, Nu Sentral ni senang jer nak ke sini... betul-betul sebelah dan berkembar dengan KL Sentral...


Okeh... Sebelum bermula, staff Breakout akan jelaskan macam mana permainan ni dijalankan... korang kena fahamkan dulu konsep game ni... kalau tak memang terkurung jer la selamanya dalam bilik tu nanti... 

Game ni adalah game berpasukan dan perlu ada sekurang-kurangnya 2 orang atau paling ramai pun 8 orang... team aku hari tu berlima... setiap orang ada watak dan tugas masing-masing... sebab disebalik setiap theme room yang ada tu ada kisah dan storynya tersendiri... 

Ada bangak pilihan tema yang ada kat situ... Korang boleh pilih nak tema yang mana... Level kesukaran adalah berbeza mengikut tema... Yang serammmm pun ada...

Lepas tu die akan bawak korang masuk dalam bilik mengikut tema yang korang pilih tu... Sebelum bermula staff situ akan jelaskan jalan cerita korang macam mana... Kiranya korang tahu apa situasi korang dan apa yang berlaku dengan korang sampaikan korang perlu escape dari tempat tu... Macam team aku hari tu kitorang sebenarnya terkurung atas kapal... memang suasana dalam bilik tu akan kedengaran bunyi ombak dan akan rasa macam atas kapal...


Haaa ni antara situasi dan suasana dalam ruang kurungan tu... Dalam masa 45 minit korang kena selidik dan cari klu yang tersembunyi... Kena bijak tafsir setiap klu yang ada... Macam betul-betul jadi penyiasat pulak... setiap benda nak kena ushar dan teliti dan fikirkan... even lantai yang korang pijak tu pun mungkin ada klu kat dalam dia...

Bilik kurungan tu nampak macam kecik tapi sebenarnya lepas korang berjaya escape dari ruang pertama korang akan lalui ruang-ruang yang lain pulak... Setiap ruang tu berkaitan... Sampai lah last sekali dapat keluar dari situ...

Ni group aku hari tu... Ending citer kitorang semuanya mati lemas sebab tak berjaya escape dari kapal yang tengah hanyut... Hahaha... Tapi nyaris terselamat sebenarnya... Kalau dia bagi masa lagi beberapa minit mungkin sempat kot escape dari kapal tu... Huhuhu...

Tapi seriussss... Permainan ni memang menarik dan mencabar minda... Betul-betul kena fikir diluar kotak bila main mendalah ni... Rasa macam nak repeat lagi jer...


Korang kena cuba sendiri game ni... Nak kata mencabar fizikal tu tak sangat tapi penat gak sebab otak kena kerja kuat...

Nak tahu info lanjut boleh layari website Breakout (klik)... Atau ushar instagram @Breakout (klik)...

Pakej Umrah Berbaloi Bersama Ikon Daie

$
0
0
Pakej Umrah bersama ikon Daie... Waaa... Bestnyer... Belum berkemampuan lagi nak mengerjakan umrah walaupun hati ni naaaaaaak sangat ke sana.... Huhuhu... Haaaa... Nanti bulan November ada sorang blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari akan turut sama mengerjakan umrah dengan Az Zuha Group...

Ni kalau korang ada perancangan nak mengerjakan umrah tu aku nak rekemen pakej umrah yang murah dan berbaloi dari Az Zuha Travel & Tours... Boleh tengok pilihan pakej yang ada...

Ada juga pakej umrah musim sejuk...

Sedikit info pasal Az Zuha Group...

Az Zuha Group telah ditubuhkan pada 11 Januari 2012 atas nama AZ ZUHA GROUP TRAVEL & TOURS SDN BHD. Pada tahun yang sama syarikat ini telah beroperasi sepenuhnya selepas didaftarkan dan mendapat lesen KPL/LN (6839) daripada Kementerian Pelancongan Malaysia. Syarikat ini juga telah didaftarkan sebagai ahli Bumitra Malaysia (BM525) & Malaysia Association Travel & Tour Agency (MATTA).

Ibu pejabat syarikat ini terletak di Bangi-Kajang, Selangor dan mempunyai cawangan di Kedah dan di Selangor. Syarikat ini menyediakan pelbagai perkhidmatan perlancongan untuk dalam dan luar negara. Selain itu kami juga menyediakan perkhidmatan lain seperti menempah tiket kapal terbang, pakej Haji dan Umrah.

Untuk maklumat lanjut dan pakej terkini, layari :

http://www.azzuhatravel.com
https://www.facebook.com/jomumrahazzuha
https://www.facebook.com/AzzuhaTravel

atau hubungi :

Ibu Pejabat:
Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd
5-3, Jalan Seri Putra 1/1, Bandar Seri Putra
43000 Kajang-Bangi, Selangor Darul Ehsan
Tel: +603-89123367
Fax: +603-89123367
Email: azzuhakl@gmail.com

Cawangan Kedah:
Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd
No. 13322-A, Jalan Serai Wangi 13/6, Taman Serai Wangi 2
09400 Padang Serai, Kedah Darul Aman
Tel: +604-4857195
Fax: +604-4851195
Email: az_zuha@yahoo.com

Cawangan Selangor:
Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd
11-12-1A, Jalan Pahat J/15J, Seksyen 15
40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Tel: +603-5523 4605



Pengalaman pertama membeli dengan Go Shop

$
0
0
Sekarang ni hanya tidur jer yang mampu halang korang dari shoping... Dah la zaman media sosial ni banyak betul dugaan dengan promo macam-macam dari penjual kat facebook dan instagram... Itu belum ambik kira pengaruh produk review kat blog lagi... Voucher dengan kupon diskaun pun dah banyaaaak giler sekarang ni... Semua tu dugaan untuk kaki shoping...

Selagi mata dok mengadap fon, tab atau komputer... Semua orang terdedah dengan penjualan online... Huhuhu...

Sekarang ni pulak astro ade buat chanel khas 118 untuk iklan dan review produk dekat rancangam Go Shop... Walaupun nama Go Shop tapi sebenarnya takyah Go kemana pun boleh jer shoping...

Baru-baru ni tengah aku dengan Miss Permaisuri dok melayan tv... Tiba-tiba terbuka chanel 118, Go Shop... Layan la kejap dah natijahnya kitorang dah terpengaruh... Demmm...

Dua hari kemudian sampai dua kotak ni... huhuhu...  Kotak besar Miss Permaisuri punya...  Kotak kecik aku punya... 

Yeahh...ni haaa yang aku beli... Shower head atau kepala pancuran air mandi... klik sini untuk detail...

Aku dengan anak-anak memang jenis kulit sensitif... dah lama aku cari shower head yang ada penapis... bila tertengok pasal shower head yang ada system penapis ni terus aku berminat... takde la mandi air karat atau air berkeladak yang dalam tangki air tu...

Dan paling aku suka shower head ni guna teknologi apa ntah sebab air pancuran die sangat kuat dan halussss.... yang ada masalah tekanan air dalam bilik air memang aku rekemen mendalah ni... sebab air yang slow pun akan jadi laju bila guna shower head ni...

Proses penghantaran barang pun ok laaa... 2 hari jer dah sampai...

Legoland Malaysia tak pernah mengecewakan

$
0
0
Percutian ke Legoland Malaysia tak pernah mengecewakan aku... Aku dah tiga kali ke sana dannn tiap kali pergi banyak jer benda nak aku sharing dalam blog ni... 

Rasanya ada hampir 20 entry pasal Legoland Malaysia yang aku dah tulis... kadang-kadang memang aku suke baca balik cerita-cerita aku ni untuk imbau balik saat-saat bercuti dengan keluarga... Kalau korang nak baca semua cerita tu boleh klik label Legoland kat bawah entry atau klik sini jer... Semua cerita Legoland aku dah longgokkan dalam label tu...

Entry kali ni aku nak tayangkan gambar-gambar Akiff masa dia berseronok hari tu... tak banyak pun yang sempat aku ambik sebab aku kena jinjing bag baby, bag camera, tolak stroller, bawak bekal air... terbatas sikit aku nak ambik gambar,,, nasib baik ade gak gambar budak ni beberapa keping...

Seronok Akiff main kuda ni... masa ni Miss Permaisuri dok melepak kat khemah yang ada area situ sambil dok menyusukan Azif... Boleh la aku layankan kejap budak Akiff  tunggang kuda ni...

Ni pulak kat playground ape ntah... cantik tempat ni... yang bestnyer orang dewasa pun boleh tumpang main sini sambil temankan anak... hehehe...


Yang aku suka pasal Legoland ni sebab diorang ade sediakan banyaaaaaaak tempat rehat dan berteduh... sambil tunggu anak-anak main games boleh la rest kejap... lepas tu laluan die memang memudahkan ornag yang bawak stroller macam aku ni... selesa...

Ade sesetengah game hanya boleh dimainkan oleh anak jer... ade sesetangah game hanya orang dewasa jer... Ade jugak game yang kanak-kanak perlu diiringi dengan orang dewasa... macam naik boat ni... kanak-kanak wajib pakai jaket keselamatan tu...

Setiap game yang ada memang ada syarat dan had umur demi keselamatan anak...

Haaa... main game ni la aku kena tegur hari tu... wakaka... aku tak perasan pulak die ade warning tak boleh ambik gambar masa atas kapal terbang tengah bergerak... selamber jer aku keluarkan fon dok ambik video... sekali dengar pengumuman mintak aku simpan phone... woahaaa... nampaknya diorang memang alert bab safety ni...

Sepanjang dalam theme park ni... aku perasan ramai jer staff Legoland yang dok berkeliaran dalam tu... diorang bukan ngulor tapi diorang sentiasa memantau pengunjung yang ada dalam tu kot-kot ada yang memerlukan bantuan... korang boleh panggil jer diorang bile perlukan apa-apa bantuan... kalau nak mintak tolong diorang ambikkan gambar pun boleh...


Oh yaaa... dalam Legoland Theme Park ade nursing room untuk ibu-ibu yang ada bawak anak kecik... boleh rest dengan aman dan tenang... nak tidokan baby ke... nak susukan baby ke... nak mandikan baby ker... kat sini la tempatnya... Lepak sini takyah bayar ape-ape cuma kena daftar dulu sebelum masuk... Sini hanya mak mak jer boleh masuk dengan anak yang umur 4 tahun ke bawah... bapak-bapak sile lepak kat cafe sebelah... Ni semue untuk tujuan keselamatan dan keselesaan ibu-ibu yang dalam nursing room tu...

Bagi aku, Legoland Malaysia memang tempat seisi keluarga yang terrrrr sangat menyeronokkan dan paling penting segala keselesaan dan keselamatan kita sebagai pengunjung dititikberatkan oleh pihak pengurusan... 

Kalau korang nak baca banyaaaaaaaak lagi gambaran pasal Legoland Malaysia ni boleh la klik sini...

Untuk info lanjut korang boleh latari website rasmi Legoland Malaysia (klik) 



Tak boleh samakan budak sekarang dengan dulu

$
0
0
Akiff umur baru 4 tahun tapi dah kena buat kerja sekolah... dulu zaman aku masa umur 4 tahun pegang pensil pun tak reti lagi... nak kenal huruf semua tu apatah lagi la kann... dulu masa umur 4 tahun rasanya takda langsung fikir bab belajar atau sekolah...


Tapi bebudak sekarang umur 3 tahun pun dah start masuk tadika... umur 3 tahun dah mula belajar menulis, mewarna dan membaca... cuma kekdah pembelajaran sekarang ni lebih fun dan menyeronokkan... tak macam kite dulu... bosan giler kowttt...

Ni Akiff cuti sekolah pun kena buat homework... ada 10 pages yang teacher die tandakan suruh buat masa cuti sekolah... nampak tak buku dia tu? Kemain silibus sekarang ni kan... tu baru 4 tahun punya tu... huh

Bukan nak bagi tekanan kat anak cuma terpaksa ikut arus zaman sekarang ni... dulu masuk darjah 1 baru nak kenal ABC... zaman sekarang kalau buat macam tu jugak maksudnya tertinggal la budak tu... kesian pulak die nanti bila kengkawan kelas darjah satu semue dah boleh membaca tapi die baru nak kenal ABC... kang tak boleh nak follow kengkawan lain lagi tekanan...

Akiff mula masuk tadika umur 4 tahun... aku tak paksa sangat die untuk belajar tapi aku tengok Akiff yang excited nak menulis dan mewarna kat rumah... kadang-kadang die sendiri yang mintak nak buat homework... cuma tiap kali lepas mengadap buku die mintak upah nak layan youtube kat tab... Tab Akiff memang aku kontrol... tak boleh sewenang-wenangnya hadap mendalah tu... selain nak jaga mata dia, tak nak dia obses dengan gadget jugak...

Hmmm.... Niat aku masa mula-mula hantar Akiff ke tadika seawal umur 4 tahun sebenarnya untuk bagi dia belajar bergaul dengan kengkawan dan pupuk minat belajar... tak sangka pulak dia teruja nak ke tadika tiap hari... cuma sekali sekala tu ade jugak la mood kelaut die nak monteng sekolah... 

Tapi Akiff macam bebudak lain la jugak... mainan tetap NOMBOR 1... kat rumah dan kemana-mana, mainan wajib ada kat tangan...



Ninjago punya pasal, TV3 cari aku

$
0
0
Bulan lepas aku dijemput ke Legoland Malaysia untuk majlis pelancaran tarikan terbaru di sana iaitu Ninjago The Realm of Shadow Live(klik sini)

Lepas habis layan Ninjago tu aku diminta ulas sikit pasal show tu... katanya dari TV3... 

Tiba-tiba hari ni member aku send gambar atas ni... katanya tadi masa dia tengok berita TV3 ade keluar cerita pasal Ninjago kat Legoland Malaysia... ade pulak yang pasal wartawan tu interview aku... Erkkk... dah lama interview baru hari ni masuk TV... Lambat betul info... laju lagi blog aku kannn... wakaka... Tapi rugi la aku tak dapat tengok.. huhuu... orang tak pernah masuk TV kann... harus lahhhh peghakkkk... hahahha...

Qurta Anta by Amar Baharin - Trendy dan selesa

$
0
0
Zaman sekarang ni semua orang nak nampak fashionable... nampak stylista... even baju jubah yang selama ni kite tengok plain dan kosong tu pun diorang dah modenkan... selama ni aku tengok pak arab pakai jubah tu tak teringin pulak aku nak pakai... bila time musim raya hari tu aku tengok banyak jubah moden yang slim fit, terus berkenan...

Dalam dok heboh pasal jubah moden tu, keluar pulak kurta moden macam-macam jenis... Haaaa.. kali ni aku betul-betul dah jatuh hati sebab kurta ni nampak lebih santai dan selesa...

Okeh... 1st skali bila tengok koleksi kurta atas ni aku dah tertarik dengan pilihan warna yang ada... huhuhuh... lawa gilerrrr... colur lembut tapi menawan...

Ehhh... tapi korang kenal tak sape yang dalam gambar atas ni? Alaaaa... pelakun yang nama tengah naik sekarang ni... Amar Baharin... dia bukan duta atau model baju kurta tu tau... tapi dia laaa pemilik Amjifa Exclusive yang mengeluarkan pakaian berkonsepkan kurta dan jubah... Bijak kan artis sekarang ni... time nama tengah naik ni la nak ada produk jenama sendiri...

Baru-baru ni aku dengan rakan-rakan Kelab Blogger Ben Ashaari berkesempatan minum petang bersama Amar Baharin kat Pappa Rich, Sri Rampai... kitorang dapat tengok dan try sendiri Qurta Anta Basic keluaran Amjifa Exclusive ni... dapat la sembang-sembang dan tanya pasal perancangan dia dengan Amjifa Exclusive ni... Kata Amar, sikit masa lagi dia akan keluarkan design terbaru satu set dengan saiz anak pulak... Waaaaa.... terbaek!!! Tunggu yang 1 set tu nanti aku nak sambar untuk aku dengan Akiff lak...

Ni 1st time aku pakai kurta dan yesssss aku suka gilaaaa... selesa wehhhh... Kualiti kain dia pun memang terbaikkk... yer laa, dah nama pun exclucive kannn, kualiti produk pun mesti la exclusive jugak...

Antara yang menariknya pasal Qurta Anta Basic by Amjifa Exclucive ni adalah kualiti kain yang terbaik iaitu 100% Italian Cotton... Design slim fit yang simple tapi trendy... Ada 5 pilihan warna yang lembut dan sangat menarik dengan pilihan saiz dari S hingga XXL...  Wuduk friendly, ada zip kat hujung lengan bila nak ambil wuduk... Ada poket dan paliiiing penting adalah baju ni sangat selesa dipakai...

Sesuatu yang aku paling suka pasal kurta adalah dia sangat fashionable sebab boleh match dengan seluar jeans, slack atau apa jenis seluar pun... Kiranya sesuai la nak pakai kemana pun... Nampak aku pakai tu... smart kaannn... hehehhee...

Ni 1 tips yang aku nak share... kalau nak beli baju slim fit cenggini korang kena beli  extra 1 saiz dari saiz baju biasa... kalau biasa pakai baju saiz L, untuk design slim fit kena beli saiz XL baru ngam...

RM139.00 sehelai
Korang yang berminat nak dapatkan Qurta Anta Basic by Amjifa Exclusive ni boleh dapatkan secara online melalui detail kat bawah entry ni... Buat masa sekarang Amjifa Exclusive hanya beroperasi secara online, belum ada butik lagi... Harap-harap cepat-cepat la bukak butik yer Amar... kompom ramai yang akan serbu nanti...

What's App : 016-6860645

Pengumuman!!! Amjifa Exclusive juga sedang mencari agent jualan seluruh Malaysia, yang berminat boleh hubungi Rakan Niaga Amjifa Exclusive KL (016-9696891) untuk maklumat lanjut...

Nak Kurta FREE? Klik gambar untuk sertai... Tarikh tutup sehingga akhir September 2015...






Cepat pulak Azif meniarap

$
0
0
Baru 3 bulan 5 hari budak kecik ni dah boleh meniarap... amboi kemain cepat die... abg Akiff dulu rasanya lambat sikit... tapi tengok gaya memang si adik ni advance sikit... 


2 3 hari sebelum tu dah nampak Azif dok try nak meniarap... tapi tak berjaya... Azif kalau kat rumah memang kitorang letak die atas tilam baby... tilam tu tebal dan lembut sikit... bile die nak pusing badan tu jadi susah la sikit sebab badan die tenggelam... 

Pastu aku pun ambik toto lipat 2 lepas tu letak jer atas karpet... gantikan dengan tilam die... tilam baby tu aku simpan... huh... kejap jer lepas tu die dah boleh berpusing dan meniarap...

Tapi dalam dok menerai nak berpusing tu die akan nangis... geram agaknya sebab tak berjaya... tapi bila berjaya jer muka terus senyum... huh...

Ni dah masuk hari ke berapa dah kemain laju dia meniarap... letak bawah kejap jer terus berpusing... hari sabtu lepas lagi laaa... jaga awal pagi tengok dia dah meniarap... haih... bahaya ni... kena pantau selalu...

Ni video Azif detik pertama kali dia meniarap... kebetulan pulak time ni aku dok rekod dia...

Kelab Blogger Ben Ashaari dalam akhbar

$
0
0
Orang lain semue dah update citer pasal Hari Keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari... tinggal aku jer yang dok terhegeh-hegeh lagi... huhuuu... tak sempat oiii... tak sabar nak citer sebenarnya... sementara tu korang baca dulu la yang ditulis kat Akhbar Sinar ni...

Sinar Online(klik) - 22 September 2015

Harian Metro - 22 September 2015


Bank Rakyat Perkenal Applikasi Telefon Pintar Untuk Perbankan Mudah

$
0
0
Bank Rakyat kini maju setapak lagi apabila memperkenalkan Applikasi untuk telefon pintar yang dinamakan TouchStyle...

Bank Rakyat memperkenalkan applikasi TouchStyle yang boleh dimuat turun secara percuma di Apps Store atau Play Store... Applikasi ni merupakan salah satu strategi digital oleh Bank Rakyat untuk meneroka pasaran baru khususnya dalam kalangan pengguna Generasi Y...


Aku sendiri dah Install Apps TouchStyle ni dalam hp aku sebab aku memang salah seorang pelanggan akaun Bank Rakyat... Banyak function dalam Apps ni yang sangat sangat membantu...


Ni adalah paparan dalam Apps ni bila korang nak dapatkan info berkaitan produk dan perkhidmatan daripada Bank Rakyat... ada calculator untuk korang kira kalau nak buat pembiayaan perumahan ke... Financing loan ke.. Car financing ke... semua boleh menggunakan Apps ni... korang jugak dengan mudah boleh dapat sebarang info dan promosi terkini daripada Bank Rakyat...


Tapi kann... aku sangat tertarik dengan Apps ni sebab melalui Applikasi ni korang boleh merancang perbelanjaan bulanan... apa yang korang kena bayar tiap bulan... berapa nak saving... rekod harian perbelanjaan korang... semuanya secara detail korang boleh rekod untuk elakkan perbelanjaan bulanan korang 'terbabas'...


Ni aku bagi contoh untuk diri aku... tapi income bulanan tu bukan yang sebenar yer... 

Lepas tu perbelanjaan bulanan yang korang kena bayar tu korang masukkan dalam Monthly Spending... Pastu die akan calculate berape baki yang tinggal untuk korang guna setiap hari...


Berdasarkan baki tu die syorkan daily perbelanjaan korang berapa sepatutnya... macam aku punya tu RM6 jer sehari... hahaha... pokaiiii...

Lepas tu setiap perbelanjaan dalam sehari tu korang juz masukkan dalam ruangan yang ada tu... selain untuk rekod peribadi, Apps ni membantu korang menguruskan kewangan dengan baik... kalau negatif pandai-pandai la fikirkan solusinya... hehehe...


Untuk muat turun Applikasi ni boleh klik sini untuk pengguna android dan klik sinibagi pengguna iPhone...

Istimewanya applikasi ni ialah ianya bakal menjadi Applikasi pertama di Malaysia yang dibangunkan berdasarkan prinsip Syariah... Perghh... terbaek!!!

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan boleh refer detail di bawah...
Facebook Bank Rakyat (klik)
Twitter Bank Rakyat (klik)
Talian Bank Rakyat : 1 300 80 5454

Susahnya homework budak umur 4 tahun

$
0
0
Cuti sekolah seminggu baru jer habis... cuma hari ni dapat extra sehari lagi... jerebu punya pasal... Walaupun cuti tapi Akiff tetap kena buat homework yang teacher die bagi... 

Minggu lepas teacher dia ada tandakan 10 pages homework yang Akiff kena buat sepanjang cuti sekolah seminggu tu... 2 hari jer Akiff settlekan semuanya kecuali ada 2 pages part melukis dan mewarna... yang tu sengaja aku biarkan dulu tunggu nak bukak sekolah baru buat... susah jugak oiii... aku pun pening nak melukis...

Ni haaa homework Akiff... untuk umur 4 tahun ni... huhuhu... susahnyaaaa... 1 lukis Dinasour dan 1 lagi lukis train... tu gambar Dinasour Akiff lukis sendiri tapi dengan bantuan dan tunjuk ajar aku...

Aku lukis step by step guna mainan dia tu... pastu Akiff follow... Ok la kannn... nampak jugak bentuk dinasour... hehehe...

Muzik Terapi dalam filem Pontianak Menangis

$
0
0
Korang pernah tak dengar alunan muzik dari gergaji... Yer laa... gergaji yang guna untuk potong papan tu... Kalau tak pernah meh layankan dulu muzik ni sebab nanti aku nak cerita apa kaitan muzik ni dengan film Pontianak Menangis...


Haaa...  mule-mule dengar macam seram pun ade gak... hahaha... tapi sebenarnya ni adalah muzik terapi yang menjadi sound track filem Pontianak Menangis... serius memang terpaku dan kagum bila aku tengok dan dengar sendiri persembahan ni masa Tayangan Perdana filem Pontianak Menangis baru-baru ni... memang terbuai dengan alunan muzik yang dihasilkan dari gergaji ni...

Untuk pengetahuan korang, pemuzik yang dalam video kat atas tu adalah Haji Ismail Jejaka yang merupakan penerbit dan pengarah untuk filem Pontianak Menangis... Beliau adalah pemuzik penggesek gergaji yang memegang rekod dalam World Guiness Of Record... Gesekan gergaji ni menghasilkan frekuensi muzik terapi yang membantu pemulihan kesihatan dan tekanan terhadap manusia... Ni menang diakui oleh pakar pemuzik seluruh dunia... Haaa... hebat giler kan...



Pontianak Menangis adalah terbitan sulung Heart N Soul Sdn Bhd dan juga arahan pertama Haji Ismail Jejaka... Film ni bergenre komedi seram dengan gabungan pelakun dari Malaysia dan Indonesia...

Meh aku citer sikit sinopsis filem ni... Kesahnya pasal pontianak  yang sering berkeliaran di seluruh kampung setiap malam dan dalam masa yang sama jugak berlaku banyak kes kecurian... Jadi penduduk kampung berpakat untuk cari penyelesaian isu tuu... Masa mesyuarat bersama penduduk kampung, Din Kelentong lakonan Soya bagi cadangan untuk menggunakan khidmat pakar pengusir pontianak dari Tanah Jawa yang dikenali sebagai Raja Paku...

Disebabkan nak panggil Raja Paku kat Tanah Jawa tu jauh sangat, Din Kelentong bagi idea kat kawan baik dia iaitu Mat Yeh lakonan Yassin untuk menyamar sebagai Raja Paku... Dalam proses nak menghalau pontianak tu laaa si Mat Yeh ni boleh pulak jatuh cinta dengan pontianak tu... Haaaa... dah tu macam mana kesahnya kannn... korang kena laaa layan sendiri... 

Bagi aku filem ni sangat ringan dan sesuai untuk santai-santai... takde part terkejut opocot... seram tu sikit jer... boleh dikatakan lebih kepada komedi... Ada banyak part lagi yang perlu dipertingkatkan dan diperkemaskan dari segi kualiti dan plot cerita supaya cerita ni betul-betul seram dan kelakar... Keunikan Pontianak Menangis ni adalah muzik terapi yang menjadi latar belakang filem ni...


Apapun korang boleh tengok sendiri kat pawagam seluruh Malaysia bermula 1 Oktober 2015... dannnn filem ni jugak akan ditayangkan serentak diseluruh pawagam di Indonesia... Kalau dah tonton tu jangan lupa sertai peraduan Tonton dan Menang filem Pontianak Menangis untuk berpeluang memenangi sebuah kereta Perodua Axia...


Terima kasih Heart N Soul Sdn Bhd sebab sudi menjemput kami dari Kelab Blogger Ben Ashaari untuk sama-sama menonton Tayangan Perdana baru-baru ini...

Wonda Coffee murahhhh... RM1 setin...

$
0
0
Jom serbu 7Eleven wahai orang kampung... ade promo dari Wonda Coffee... setin hanya seringgit compare dengan harga asal RM2.55sebelum ni... promo sehingga esok 1 Oktober...

Ni yang sempat aku borong tadi... Nasib baik takde limit... jenuh gak nak dapatkan ni sebab empat 7E yang aku pergi sebelum tu semuanya dah habis...

Tapiii... aku suka yang mocha sebenarnya... huhuu... takde la pulak kat 7E tadi... japg balik rumah kalau jumpe yang Mocha aku nak borong lagi... wakaka...

Wonda Coffee ade 3 variasi pilihan... Original, Latte dan Mocha...

Promosi ni adalah bersempena meraikan International Coffee Day yang akan dilancarkan secara rasmi esok, 1 Oktober 2015 di Milan...

"International Coffee Day is an occasion that is used to promote and celebrate coffee as a beverage, with events now occurring in places across the world. The first official date will be 1 October 2015, as agreed by the International Coffee Organization and will be launched in Milan..."klik sini

Untuk penggemar kopi macam aku cepat borong kasi habisssss...


Anak Terapi Terbaik Ibu Bapa

$
0
0
Alahai... Sibuknya aku kebelakangan ni... Nak update blog pun tertangguh... Yang ada berupdate tu pun curi-curi masa kejap... Update sambil lunch kadang-kadang... Ni cerita family day Kelab Blogger Ben Ashaari pun tak buat lagi... Adehh... Tak sabar nak cerita tapi kekangan masa tu haa... Huhuhu... InsyaAllah minggu depan aku start entry family day...

Hmmm.... Kat office sekarang memang tengah banyaaaaaak kejer... Semue nak kejar date line hujung tahun... Hwaa... 

Tadi penat balik kejer layankan budak dua orang ni... Hilang rasa penat bekerja... Walaupun kejer duduk atas kerusi mengadap komputer jer... Tapi letih wooo... Balik kejer dapat layan diorang kejap ssbelum mandi memang heaven giler... Rasa Mam terapi.. 


Azif dah pandai ketawa mengekek sekarang ni... Siap keluar air luir... Die pun dah pandai nak main dengan orang... Akiff pulak kalau mood gedik die datang memang susah nak kontrol...  Macam budak terlebih gula... Melompat sana sini... Terjerit sana sini... Kekadang aku kena jadi hulk kat rumah kalau nak kawal die... Grrrr...


Viewing all 736 articles
Browse latest View live