Quantcast
Channel: Blog Abah Careno
Viewing all 736 articles
Browse latest View live

Makanan Melayu Oriental Terbaik di Ummiza Cafe

$
0
0
Nasi panas... Masak lemak ayam kampung...  Ikan keli goreng garing disimbah sambal hijau kat atas... Telur masin... Sambal belacan dengan ulam-ulaman... Perghhh... Makan sampai berpeluh... Teringat jer terus lapar balik walhal baru jer lepas makan... Huhuhuhu...


Tu antara secebis jer menu yang dihidangkan masa gathering Kelab Blogger Ben Ashaari kat Restoran Ummiza Cafe baru-baru ni... Hari tu aku kurang borak dengan geng lain sebab dok meratah lauk pauk yang dihidangkan... Hahaha... Buruk perangai...

Ummiza Cafe yang terletak kat jalan Jenderam Hulu, Sepang ni diusahakan oleh Puan Nor dan anak-anak dia... Resepi yang digunakan adalah resepi keluarga dan dimasak sendiri oleh Puan Nor dan anak-anak dia... kualiti makanan dan kebersihan memang sangat dijaga...

Ni haaa keadaan dalam restoran... kemas dan bersih... paling aku suka adalah suasana kampung kat sini.. menarik...

Tak susah pun nak cari Restoran Ummiza Cafe ni... tepi jalan jer... berdekatan dengan MIAT dan UniKL, Sepang... Gambar jerebu kat atas ni korag anggap la itu kabus yer... hahaha...

Meriah hari tu bila Restoran Ummiza Cafe ni kena serbu dengan geng-geng Kelab Blogger Ben Ashaari... kitorang 40 family datang bersama keluarga masing-masing... nasib baik tempat selesa dan luas... parking pun takda masalah... 

Haaa tu belakang aku tu anak tokey restoran... hehehe.,.. Selain menu yang aku makan atas tadi tu... ade banyaaaaaaaaaak giler menu oriental atau ketimuran atau senang cakap masakan kampung yang dihidangkan hari tu... Antaranyaaaaaaaaaaaaaaaaa....

Gulai SIput Sedut
Ayam masak merah
Asam pedas 
Kari daging
Sambal udang petai
Ayam kicap pedas
Ikan goreng garing
Ayam goreng garing
Sambal ikan bilis
Masak lemak pucuk ubi
Gulai rebung
Sup cendawan
Sayur kubis goreng
Hwaaaaaa.... sambil menaip entry pun dah kecur air liur... Grrr... Serius sedapppp.... Oh yaaaa... bukan itu jer tau menu yang ada... ade jugak kuih muih yang dihidangkan antaranyaa macam kat bawah ni...

Donut
Kuih lapis dengan kuih seri muka...
Kuih kasui
Korang yang area Putrajaya ker... Bangi ke... Kajang ke... Sepang ke... apa kata korang pergi cuba sendiri masakan kat restoran Ummiza Cafe ni... memang berbaloi... Ada menu untuk sarapan pagi dan makan tengah hari... Dibuka setiap hari kecuali hari Ahad dari jam 7 pagi hingga 3 petang sahaja... malam non hadooo k... Jangan ko datang malam lepas tu membebel cakap kedai tutup... Ni aku dah bagi tau awal-awal...

Daaaaannnn... kalau nak order untuk catering pun sangat sangat sangat aku rekemen... sebab Ummiza Cafe ada menerima tempahan catering untuk majlis kecil kurang dari 300 orang... So, nak buat kenduri kesyukuran ker... majlis hari jadi ke... jamuan perpisahan ke... atau ape jer majlis boleh la hubungi Ummiza Cafe... Harga berdasarkan bilangan pax dan mengikut harga pasaran tapi masih berpatutan... 

Untuk tempahan boleh hubungi detail di bawah :

Ummiza Cafe
No 229, Batu 29,
Kampung Jenderam Hulu
Sepang, Selangor Darul Ehsan

Hubungi : 019-6682069 (Pn. Nor) atau 011-10602569 (Ain)
Instagram : @Ummizacafe (klik)

Terima kasih Ummiza Cafe sebab sudi menerima keluarga besar Kelab Blogger Ben Ashaari untuk majlis makan-makan santai di sana... 




Digi WWWOW Award 2015 Iktiraf Pengamal Media Sosial

$
0
0
Jangan ingat selebriti jer boleh menang award... sekarang ni pengamal media sosial pun boleh hokeyyy... Tak sangka pulak Digi WWWOW Award dah masuk tahun kelima tahun ni... Sama dengan usia blog aku... 



Korang tahu tak Digi WWWOW Award tu ape?
Digi WWWOW Award adalah anugerah dan pengiktirafan yang diberikan kepada pengamal media sosial termasuk blogger sebagai mengiktiraf pencapaian dalam bidang masing-masing... Kalau tahun lepas hanya ada tiga katigori jer iaitu Commerce, Content dan Community tapi tahun ni Digi WWWOW Award lebih meriah dengan memperkenalkan 8 katigori iaitu :

i)     Videos & Photography
ii)    Social Influencers
iii)   Independent Publishers
iv)   Web Commerce
v)    Mobile Apps Commerce
vi)   Social Media Commerce
vii)  Social Impact
viii) Social Gathering

Waaaa... lebih banyak la peluang untuk dimenangi... Pemenang bagi setiap katigori akan memenangi wang tunai RM10,000 dannnn paling teruja adalah pemenang bagi setiap katigori berpeluang untuk lepak, berbincang dan mendapatkan khidmat nasihat bersama pakar dalam bidang berkaitan bagi mengembangkan perniagaan, platform dan usaha sosial mereka... Perghhh...


Ehhh... Aku nak masuk pencalonan jugak la... kehkehkeh... Tapi boleh ke?... Haa... mesti la boleh sebab penyertaan adalah terbuka kepada sesiapa pun... Nak calonkan diri sendiri pun boleh, nak calonkan member-member pun boleh... So, cepat calonkan aku... Wakaka... Tapi kena pastikan katigori mana yang sesuai... Macam aku ni sesuai katigori Independent Publishers sebab segala benda aku nak kongsi kat Blog Abah Careno ni... hehehe...

Okehh... Pencalonan dah pun dibuka dan akan berakhir pada 14 Oktober ni... Pemilihan pemenang akan dibuat dalam beberapa peringkat... Peringkat pertama adalah undian dari orang ramai dan kemudian undi popular tu pulak akan ditapis dan diadili oleh juri profesional... Kebiasaannya calon yang bertanding akan dipilih berdasarkan kualiti dan originaliti content, keunikan tersendiri dan tahap populariti yang dapat memberi inspirasi kepada orang lain... 

Haaa... dalam 8 katigori yang dipertandingkan ni, aku paling teruja nak tengok pencalonan untuk katigori Mobile Apps Commerce... Mesti banyak lagi perniagaan online yang ada mobile apps sendiri untuk tujuan bisnez yang aku belum tahu...

Aku ni antara orang yang memang selalu jugak beli barang online... Dan aku paling suka bila nak membeli guna applikasi yang ada kat phone... senang wehhh... klik klik slide slide dah terrrrr beli... Sambil mengasuh teman Azif guling-guling pun boleh membeli... tau tau barang sampai rumah... hahaha...


Applikasi perniagaan online dah semakin jadi trend terkini... orang sekarang ni semuanya nak mudah dan nak cepat... Tengok jer contoh macam Applikasi Zalora yang ada dalam Play Store tu... korang dah download belum? Serius memang memudahkan urusan membeli... Ade duit semue jadi... 

Aku dulu pernah jugak try buat bisnez online dengan Miss Permaisuri aku tu... kitorang jual kain dari Indonesia... Kalau ada apps sendiri kan senang... Ambik gambar, upload, letak detail dan tunggu jer notification masuk... Haa... kite yang meniaga senang, orang yang membeli pun senang... Pastu boleh masuk anugerah ni... untung-untung menang dapat la lebarkan lagi bisnez...

Okeh okeh... berbalik kepada Digi WWWOW Award yang akan berlangsung pada malam gemilang 20 Novermber 2015... Jangan lupa untuk mengundi calon pilihan korang nanti bermula 19 Oktober hingga 30 Oktober 2015... Boleh dapatkan info lanjut di www.wwwow.my dan jangan lupa kongsikan sokongan korang di media sosial dengan hastag rasmi #DGWWWOW


Digi #WWWOW2015 Award... mungkin korang adalah Hero Internet yang setrusnya...



Tak semua benda berbaloi di bayar

$
0
0
Korang dah tengok citer The Lost World belum??? Alaaa.. Citer pasal dinasour tu... Macam citer Jurassic Park jugak... Memang best... Aku dengan Akiff baru jer layan filem tu minggu lepas... Akiff memang sentiasa teruja bile berkaitan dengan dinasour ni sejak aku bawak die ke Dinoscovery (klik) tahun lepas...

Baru-baru ni ada pameran dinasour kat ruang legar Giant area rumah aku... Kemain excited Akiff bila aku cakap nak bawak dia tengok dinasour lagi... Mule-mule die ingat dinasour yang macam dalam film tu... Siap cakap nak tengok dinasour makan... 

Haih... Aku cakap mana ada dinasour hidup zaman sekarang... yang dalam tv tu pun tipu jer... Ni nak tengok pun yang tipu punya... 


Sampai jer kat Giant dah nampak booth dinasour ni... dari luar dah nampak kepala dua ekor dinasour... Waaa... Macam menarik gak ni... Tiket masuk RM4 untuk kanak-kanak usia 3-13 tahun... Dewasa RM6... Sekali bila masuk, terkejut sebab tempat tu kecik jer... Ade kot sebesar 1 gelanggang badminton... Adehhh... Dalam tu ade 3 ekor dinasour jer dengan 1 set sarang dinasour... hwaaaa... membazir duit aku....

 Burung Dinasour ni ade 2 ekor... sekor tengah terbang macam ni pastu sekor tengah berdiri...

Pastu ade dinasour ni sekor... Dinasour ni same jer macam dinasour plastik yang ada jual kat kedai cuma yang ni versi besar... Huh...

Dah la muke dinasour pun macam ampeh... Langsung tak real... bukan la maksud aku nak kena real sebijik macam dalam film tu tapi sebab korang kan dah kenakan bayaran untuk masuk dalam 'khemah' ni, at least dinasour tu buat la bebetul supaya orang berbaloi bayar untuk tengok... 

Nasib baik dalam 'khemah' ni ade jugak bunyi macam dalam hutan pastu ade bunyi ngauman dinasour... itu jer yang real sikit pun... selebihnya ampehhh...

Pastu sebelum keluar ade 1 set sarang dinasour ni.. takde ape pun situ... cuma 'telur' tu jer... selain tu ade TV 3D yang macam kat kedai letrik Harvey Norman atau Court Mammoth tu...  TV tu die pasang clip video dinasour... kena pakai spec 3D yang ada kat situ untuk tengok video tu... klip video tu ade kot dalam seminit...

Dinasour  due ekor yang nampak kepala belakang kitorang tu takde pun kat dalam... Ade kepala tu jer terjulur keluar... hahaha siot...

Bagi aku la kannn... setakat nak masuk 'khemah' yang sebesar gelanggang badminton dan ada 3 ekor dinasour, 2 kepala dinasour yang boleh dilihat dari luar 'khemah' dan 1 set sarang dinasour ni... bayaran RM4 untuk kanak-kanak dan RM6 untuk dewasa tu memang tak berbaloi... Bagi aku hanya layak untuk RM1 kanak-kanak dan RM2 dewasa... 


Kenapa perlu ada hashtag?

$
0
0
Pernah jugak ade kengkawan tanya aku kenapa suke letak hashtag kat setiap post aku kat instagram atau facebook... rimas diorang kate... buat panjang post jer... wakaka... Orang lain aku tak pasti tapi aku memang jenis suka letak hashtag kat setiap post...


Hashtag ni ibarat no fail atau label... setiap hashtag yang sama akan dikumpulkan dalam satu 'folder'... aku ade hashtag personal aku sendiri iaitu #LanCarenoDotCom dan #BlogAbahCareno... bila aku klik hashtag tu nanti aku dapat recall balik semua posting lama aku yang menggunakan hashtag tu...

Penggunaan hashtag sekarang ni dah makin meluas dah... majlis tertentu atau event pun orang dah creat hashtag sendiri... contoh #WeddingZazaLan #BirthdayAkiffMirza #CutiCutiCareno... Haaa tu sekadar contoh... Hashtag tu kite war war kan dan mintak sedare mara atau kenalan yang ade buat posting pasal majlis kite tu letak hashtag tu dalam post diorang... Nanti bile kite klik hashtag tu kite dapat la tengok semua gambar yang diorang post tu...

Pernah tengok kan majlis anugerah pun gunakan hashtag... #ABPBH #AnugerahEra #Melodi.... Promo produk-produk pun dah mula gunakan hashtag... Contohnya #JusPran #DHerbs #TshirtMuslimah...

Kat instagram, twitter dan facebook kite boleh search by hashtag tau... tengok contoh bawah ni...


Nak baca review orang pasal filem pun kite boleh search by hashtag...

Untuk orang yang buat bisnez... hashtag ni penting sebab ade orang yang shopping berdasarkan hashtag... contohnya masa aku nak beli baju melayu raya puasa hari tu... Dah berkenan dah dengan 1 baju tu... pastu aku klik hashtag yang ada kat posting tu contohnya #BajuMelayuModen... dari situ nanti akan keluar semua posting berkaitan baju melayu moden... dari situ aku dapat banyak lagi pilihan...

So, untuk peniaga online.. rajin-rajinlah guna hashtag setiap kali posting bisnez korang... kalau jual baju nursing muslimah tu... buat la beberapa hashtag yang berkaitan contohnya #Nursing #NursingDress #BajuMuslimah #TshirtMuslimah #BajuMenyusu haaaa gituuu... Dan jangan lupe letakkan sekali hashtag brand korang... dan pastikan posting tu di set kan kepada public supaya orang yang bukan friends atau followers korang pun boleh nampak posting tu...

So sekarang ni aku nak tahu apa hashtag yang korang selalu guna setiap kali buat posting kat facebook atau instagram atau twitter...

Follow Instagram @Lan_careno (klik)
Add Facebook Lan Careno (klik)

Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari - Part 1

$
0
0
Orang lain dah tutup cerita dah pasal family day ni tapi aku baru nak start mengarang... hahahaha.. Kebizian melanda... Habis program orang lain sibok update entry aku sibok buat press release untuk media cetak dan online... Alhamdulillah program Family Day KBBA dapat liputan di akhbar sinar,metro dan utusan...

Family Day KBBA 2015 ni aku bertindak sebagai Pengarah Projek atau Ketua Urusetia... nama pengarah projek ni Sinar Online yang bagi... sedap pulak tittle tu... wakaka... Perancangan untuk aktiviti mega KBBA ni bermula dari awal tahun lagi... start dengan survey tempat... Akhirnya AJK memutuskan untuk ke Hulu Langat... Jadi start perancangan dan perbincangan secara serius bermula Mac 2015...

Family Day KBBA ni selama 3 hari 2 malam bermula 11 September 2015 hingga 13 September 2015... Hari pertama tak banyak aktiviti yang dirancang sebab kebanyakan yang hadir datang lepas kejer...  So, petang tu acara santai... ramai yang 1st time jumpe... jadi dapat la borak-borak dan selfie sambil minum petang...

Yang bestnyer pasal family day ni adalah segalanya ditaja dari penginapan, makan minum selama 3 hari, tshirt, game, karaoke dan hadiah semuanya laa...  Blogger datang bawak family dan have fun sahaja...

Goodies bag dari Cosmoderm untuk semua blogger... Dah la ditaja, dapat pulak produk penjagaan diri dari Cosmoderm...


 Antara produk yang dapat... Shower Gel dari Cosmoderm...

Dapat majalah Aroma yang terkini jugak...

Dah regester dapatkan kunci bilik... masa untuk tengok warna rumah sukan... time ni semue orang tak tahu lagi diorang kena rumah sukan warna apa... Tak boleh pilih atau tukar warna dah sebab baju dibuat ikut tempahan saiz masing-masing... Thanks AJ Cetak Distric untuk baju ni...

Acara pertama untuk Family Day ni bermula jam 8.30 malam... Sambil makan malam kite layan pertandingan karaoke... Bestnyer semua sporting walaupun ade yang nyanyi ke laut... hehehe... aku la tu... Aku pun masuk pertandingan karoke walaupun nyanyi macam ampehhh... Alaaa... kate nak suruh sporting kannn... harus lah support...

Tapi serius weh... ni pertama kali nyanyi depan orang ramai dan atas stage pulak tu... start jer lagu terus blur lagu tu macam mana padahal sebelum ni tahu jer... tunggu corus baru ingat balik lagu tu macam mana... hahahaha...

Hari pertama lebih kepada suai kenal.. borak-borak... selfie... Hari kedua baru la kemeriahan family day betul-betul bermula...

Untuk banyaaaaaaaak lagi gambar menarik boleh tengok sendiri kat Instagram @KelabBloggerBenAshaari (klik)


***************************************************



Setinggi penghargaa kepada semua penaja yang menjayakan program Family Day KBBA ni...

Penaja Utama 
- Cosmoderm

Penaja Bersama
- Azzuha Travel & Tour
- AJ Cetak Districk
- Karya Seni
- Buku PTS
- Team Ummie Official
- QasehSu

Official Videografi & Photografi
- Kaio Creative Studio
- Kerex Photography


Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari - Part 2

$
0
0
Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari Part 1 aku dah cerita semalam... klik sini untuk baca...

Entry kali ni aku nak kurangkan bercerita... biar gambar berbicara... gambar atas ni antara yang terlibat dengan family day kali ni... ni tak semua ada sebab yang ada anak kecik keluar bilik lambat sikit... hehehe..

Lepas sarapan kitorang mulakan aktiviti dengan senaman poco-poco... Best best... Seronok dapat berpoco-poco dengan Akiff... Seronok kemain Akiff menari... 1st time kowt tengok abah die manari... hahaha...

 Anak-anak KBBA pun happy... itu yang bestnyer... anak-anak happy, bapak pun happy... 

Okeh... aktiviti seterusnya Flying Fox!!!! 


 Flying fox ni agak jauh gak... siap kena melintas jalan lagi....

Pastu lalu atas resort then baru sampai bawah... Boleh request nak terbang lajuuuuuuu atu perlahan.... diorang kat atas akan kontrol... kalau nak berhenti untuk selfie kat tengah-tengah pun boleh... 

Aku kemain pegang phone konon nak selfie dan ambik video masa tengah terbang... tapi ampehhh jadinya... bile dah fly tu langsung tak boleh nak unlock hp sebab guna sebelah tangan jer... takut phone jatuh pun yer gak.... hehehe...

Acara seterusnya adalah sukan rakyat... time ni baru kitorang berpecah ikut warna rumah sukan masing-masing... agihan rumah sukan aku yang buat... tapi nampak macam tak balance jer... hahaha... Group aku paling sikit sebab ramai anak dara... padan muka aku sebab nak sangat anak dara team aku kann.. hahaha... group lain meriah sebab diorang family... 


Acara pertama bermula... Terompah gergasi...


 Acara kedua, lari kepit bola...

Acara ketiga, pancing tin... nampak tak kelibat ben tengah sabotaj group aku... curi tin kitorang... yang peliknya sorang pun tak perasan... kahkahkah...

Game keempat adalah boling kelapa... tengok kepada gaya aku tu macam hebat sangat jer kan... tapi 1 pun tak kena... hahahhaa...

Sepatutnya ada 6 game darat untuk sukan rakyat ni tapi sebab time management yang tak betul... jadinya kitorang sempat main 3 game ni jer... Ni salah satu isu jugak sebenarnya dengan management resort ni... Grrr... Tapi takpe lah asalkan semue enjoy dengan aktiviti yang dirancang...

Ok next entry aku sambung citer pasal water game pulak... seriusss water game memang the best...

Banyak lagi gambar menarik sepanjang program ni di Instagram  @KelabBloggerBenAshaari (klik)

********************************************************


Setinggi penghargaan kepada semua penaja yang menjayakan program Family Day KBBA ni...

Penaja Utama 

Cosmoderm

Penaja Bersama

Azzuha Travel & Tour
AJ Cetak Districk
Karya Seni
Buku PTS
Team Ummie Official
QasehSu

Official Videografi & Photografi

Kaio Creative StudioKerex Photography




Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari - Part 3

$
0
0
Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari - Part 1 (klik)
Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari - Part 2 (klik)

Aku sebenarnya sedaya upaya nak ringkaskan entry aku pasal Family Day KBBA ni... kononnya takmo la sampai berepisod... tapi tak mampu wehhh... banyak sangat moment yang aku nak kena share dalam blog... Andaikata 10 tahun lagi bila aku baca balik cerita kenangan manis aku ni tapi story tu sejemput jer, kang menyesal pulak kannn... So terpaksa jugak aku buat entry episod untuk kepuasan aku bercerita dan mengabadikan memori dalam blog ni...

Okeh... aktiviti sukan diteruskan lagi dengan sukan air pulak... This is the best part yang aku rasa sepanjang program ni... serius kenangan paling manis masa sukan air ni laaa...

 Ni venue berlangsungnya sukan air..

1st game untuk sukan air adalah isi air dalam betong... group aku beruntung sebab last team yang main game ni... so, dapat la kaji kelemahan group lain dulu... sebab tu kitorang juara untuk game ni... kehkehkeh...

Game kedua dan game paling happening adalah gusti titi... sebelum main memang rasa neves giler... Hahahaha... agak kasar game ni tapi best...

1st game team aku lawan team hijau... kitorang menang besar... kahkahkah... ade video game ni... serius tiap kali tengok video ni mesti aku gelak besar...


Ni pun moment paliiiiiiiiiinnnnnggggg lawak...  Tak caya korang tengok video bawah ni...



Akhirnya Team Merah bertemu dengan Team Purple di final...

Dan team aku kalahhhh... Giler kebal laki Rara... elok jer die terletak atas batang tu... Dah macam di gam... susah giler nak terbalikkan die... kahkahkah...

Game terakhir adalah tarik tali dalam air... untuk water game ni tak banyak yang melibatkan geng pompuan kecuali game isi air dalam betong tu jer... Nak main game lain boleh jer tapi kang lagi kecoh pulak... hahaha...

Habis semua game dalam pukul 5 petang... lepas tu adalah masa untuk bersuka ria dengan family main air sungai... Tapi aku layan Akiff main bola kat padang jer... sebabnya anak aku tu sangat la 'bandar'... Die tak pernah mandi sungai... bile sekali aku bawak masuk sungai hari tu terus tak nak main lagi dah sebab air sungai tu sejukkkk... Hahaha...

Disebelah malam pulak adalah malam penutup... BBQ Dinner.. Malam penutup tu ada penyampaian hadiah.. pengumuman pertandingan karaoke... pengumuman juara kesleuruhan sukan rakyat... pengumuman gambar insta bersama produk Cosmoderm yang paling kreatif... ade banyaaaaaaaak hadiah lucky draw... penyampaian tshirt Bukan Sekadar Blogger tajaan Azzuha Travel & Tours dan ade sambutan hari lahir... dan ade jugak persembahan karaoke duet dari pasangan blogger....
Ucapan penghargaan selaku Ketua Urusetia Program
Kambing golek tinggal rangka dikerjakan KBBA...
Cosmoderm selaku penaja utama program banyak menyumbang hadiah untuk pemenang...
Pemenang keseluruhan sukan rakyat adalah team aku.. Team Purple.... kehkehkeh... Ben tak nak bagi hamper sebab katanya kitorang ngelat... kahkahkah...
Karaoke dari pasangan suami siteri romantis yang bertemu jodoh dalam KBBA...
Tshirt Bukan Sekadar Blogger tajaan Azzuha Travel & Tours
Sambutan hari lahir blogger dan anak-anak yang lahir sepanjang bulan September...
Persembahan penutup oleh abang-abang api khas untuk warga KBBA...
Sharing session... Agenda santai selepas semua program berakhir... berkongsi pengalaman dan ilmu berkaitan dunia blogging.. cabaran dan peluang yang ada dalam dunia blog...
Banyak lagi gambar menarik sepanjang program ni di Instagram @KelabBloggerBenAshaari(klik)


***********************************************

Setinggi penghargaa kepada semua penaja yang menjayakan program Family Day KBBA ni...

Penaja Utama 
Cosmoderm

Penaja Bersama
Azzuha Travel & Tour
AJ Cetak Districk
Karya Seni
Buku PTS
Team Ummie Official
QasehSu

Official Videografi & Photografi
Kaio Creative Studio
Kerex Photography



Kaio Studio - Dari Malaysia kini ke serata dunia

$
0
0
Korang dah baca belum entry Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari yang aku dah story sebelum ni... klik sini, sinidan siniuntuk baca...

Program 3 hari 2 malam ni memang terrrrr sangat happening dan meriah... dan untuk memastikan segala moment indah tu di tersimpan baik sebagai kenang-kenangan, Kaio Studio telah bertindak sebagai videografer dan fotografer rasmi sepanjang program tersebut untuk merekod semua kenangan terindah tu...



Haaaa... ni adalah instagram rasmi Kelab Blogger Ben Ashaari (klik untuk follow)... sepanjang program tu jugak Kaio Studio ade buat live update dari lokasi kejadian... serius gambar diorang memang terbaek wehhh...

Ni pulak video Family Day KBBA dari Kaio Studio...

Sangat sangat puas hati dengan hasil gambar dan video dari Kaio Studio... Kalau korang nak tahu Kaio Studio ni bukan calang-calang punya photographer... Tahun 2012, bermula sebagai seorang yang minat photography dan videography, Kaio Studio kini berkembang sebagai satu team yang semakin gah dalam dunia photography...

Masa mula-mula dulu, Kaio Studio banyak shoot video dan photo untuk filem pendek, muzik video dan jugak untuk majlis perkahwinan tapi sekarang dan berkembang bukan jer dalam Malaysia tapi hingga ke luar negara...

Photoshoot Ungku Ismail Aziz di Cairo
Photoshoot Kaio bersama Anuar Zain di Paris
Video Anuar Zain dari Kaio Studio

Hasil gambar Kaio bersama Dato' Siti Nurhaliza
Perghhh... bangga siot bile Kaio Studio jadi official photographer untuk event KBBA kali ni sebab diorang punya pencapaian bukan biase-biase... Memang sesuatu yang boleh dibanggakan...

Antara pencapaian Kaio Studio :
1. Cover Magazine Photoshoot with Anuar Zain in Paris
2. Mothers Day Miracle Night with Dato Siti Nurhaliza
3. Lumiere Fashion Show, MiTC Melaka
5. Jubah Eisa by Ezuwan Ismail feat. Ungku Ismail Aziz Videoshoot in Cairo, Egypt.
6. Ceres Jewels Bollywood Gala Night
7. Pure Lens by Mawar Rashid.
8. Official videogreapher for IMBAS by Zawara Fashion Show 2015
9. Islamic Fashion Festival Kembara Nazneen 2012, Perlis.
10. Korporat video ICON OFFSHORE Sdn Bhd

Baru-baru ini Anwar Abdullah iaitu pengasas Kaio Studio telah memenangi pertandingan Most Glam Fashion Videographer by Glam Magazine Malaysia dan melayakkan Kaio Studio untuk tugasan video-video bersama Majalah Glam seperti behind the scene photoshoot dan lain-lain...


Huh... power power... patut la Saiful Nang Academy of Photography pun jemput die untuk berkongsi ilmu videography dalam kelas diorang... Selain tu, Kaio Studio jugak giat melatih perintis-perintis baru photographer dan videographer melalui kelas-kelas yang dianjurkan dengan kerjasama Clora Studio dan rakan videographer Nasrullah Napi baru-baru ini...

Jadi kalau korang dok mencari photographer atau videographer untuk majlis kornag tak kisah la majlis korporat ke, wedding ke, nak buat music video ker atau ape2 jer... boleh la contact Kaio Studio...

Boleh chek detail Kaio Studio kat bawah ni...

Website : www.kaiostudio.com
Instagram : www.instagram.com/kaiostudio
Youtube :  www.youtube.com/kaiostudiotv
Twitter : www.twiiter.com/kaiostudio
Facebook : www.facebook.com/kaiocreativestudio

Atau follow Kaio secara personal di www.kaio.my dan www.instagram.com/kaio_my




Kongsi Aib Di Laman Sosial

$
0
0

Kongsi aib kat laman sosial.. menarik jugak topik yang dibincangkan dalam rancangan bual bicara kat RTM1 pagi tadi... Sebab antara panel yang hadir tu adalah Ben Ashaari, jadinya gigih aku tengok rancangan tu dari awal sampai habis...


Terbaik jugak kupasan yang diberikan... Sebab aku ade blog dan blog tempat untuk aku menulis dan berkongsi rasa bersama pembaca.. jadinya segala apa yang jari aku ni luahkan, ia penentu saham akhirat kita sama ada pahala atau dosa.... Semuanya bergantung kepada niat kita berkongsi...

Ada dari kita sebenarnya tak sedar pun apa yang kita kongsikan dalam laman sosial sebenarnya mendedahkan aib sendiri atau mungkin juga orang lain... sebab tu kalau nak creat status di Facebook atau meluah rasa di Twitter atau mungkin berkongsi gambar di Instagram atau meluah rasa dan pendapat di blog, cuba ELAKKAN bercerita yang melibatkan aib sendiri atau aib orang lain...

Mungkin niat hati nak berkongsi tu sebagai tauladan dan panduan kepada yang lain tapi kenapa perlu berkongsi sesuatu yang buruk semata-mata untuk mengorek tauladan dari keburukan itu...

Ade jer orang yang suke sangat bercerita pasal artis itu ini... orang itu ini... isu itu ini yang kononnya sesuai dijadikan tauladan bersama tapi tanpa dia sedar sebenarnya dia sedang membuka dan mendedahkan aib orang... Erkkk... mintak simpang la perkara macam ni kann...

Sebab tu aku sangat berhati-hati untuk berkongsi sesuatu di media sosial... terutama perkara negatif atau benda yang tak elok... risau kalau ia tidak mengaibkan diri kita tapi mengaibkan saudara terdekat kita... dan kena ingat juga, apa yang kita kongsikan di media sosial sebenarnya menggambar diri kita sendiri... Jangan sampai suami, isteri, rakan-rakan dan kenalan kita malu dengan perbuatan kita...

Kalau nak berkongsi sesuatu yang bermanfaat, cuba tukar cara perkongsian kita dari mencari tauladan dalam keburukan kepada mencari pedoman dalam kebaikan... 

Haaa... maksudnya kita kongsikan segala kebaikan yang kita nampak supaya dijadikan panduan dan pedoman untuk orang lain dan diri kita juga untuk mengikutinya...

Ehhh... ni bukan aku pesan kat orang lain semata-mata tapi jugak pesanan untuk diri aku sendiri dan jugak sahabat-sahabat aku... semoga niat baik kita sentiasa diredhai oleh-Nya...

Tips fotografi - Gunakan Zoom dengan bijak

$
0
0
Ade orang tak suke gunakan zoom bila ambik gambar... Katanya nanti gambar akan pecah... Hmm... Betul tu tapi gambar akan pecah kalau tak cukup cahaya atau zoom over sangat...

Sebenarnya dalam keadaan tertentu memang perlu gunakan zoom... Japg aku bagi contoh mudah... tapi sebelum tu korang tengok dulu perbezaaan gambar A dan B kat bawah ni...

Ni contoh gambar yang aku ambik.... Satu gambar aku zoom... Dan satu lagi aku tak zoom tapi aku dekatkan camera dengan objek... Sekali imbas nampak macam takde beza sangat pun... Fokus gambar masih sama iaitu coklat Nutella..  So, saiz Nutella dalam gambar A dan B lebih kurang jer... Cuma yang bezanya adalah background gambar tu....

Ni gambar yang aku tak zoom langsung... aku hanya dekatkan camera phone aku dengan objek nutella tu... perhatikan gambar background tu... masih boleh nampak tulisan infacare pada tin susu kat belakang....

Ni pulak gambar yang aku dah zoom in dan aku jauhkan sikit jarak antara objek nutella dengan camera phone aku... perhatikan gambar background tu... tulisan infacare pada tin susu dah tak nampak...

Apa yang aku nak bagi tau kat sini... bila kita gunakan zoom maka kite akan dapat kecilkan coverage background tu... jadi takde la banyak sangat bende yang tak berkaitan kat belakang tu termasuk dalam gambar kite...

Sumber Gambar : Choosing a focal length
Ni contoh yang aku dapat dari google... saiz objek utama masih kekal dalam setiap gambar cuma bezanya kawasan liputan kat belakang objek tu jer... kedudukan tukang ambik gambar dalam gambar atas ni adalah berbeza... dan zoom yang digunakan juga berbeza...

So, lepas ni kalau nak ambik gambar makanan apakata korang try gunakan zoom dan bandingkan gambar yang tak menggunakan zoom.... lihat perbezaannya...

Akhirnya... Dapat juga spec idaman!

$
0
0
Dah lama teringin nak ada spec mata hitam... nak beli yang biase jual kat luar tu tak boleh sebab takde power... nak kena tempah ikut tahap kerabunan mata ni... dah banyak kali aku survey sebenarnya tapi semuanya mahal sangat... Huhuhuu... 

Tapi akhirnya aku jumpe jugak seketul yang aku berkenan dan mampu milik... Hoyeahhhh,,,

Tadaaaaaaa... smart tak?? Hensem tak?? Hahahaha... Cermin mata hitam ni ada lense yang sama powernya dengan spec mata aku yang lain... pakai pun selesa... Lepas ni nak p bercuti boleh la bergaya dengan spec ni... kehkehkeh...

Termasuk yang ni aku ada 3 spec mata untuk tujuan berbeza... 

Ni spec mata yang aku pakai harian... ke ofic atau kat rumah memang aku pakai yang ni...

Yang ni pulak spec mata yang aku pakai bila bersukan atau aktviti yang lasak... sebab spec ni lain macam skit....

Ni haaa spec tu... sesuai la kan untuk bersukan... tak mudah tertanggal bila pakai...


Menang contest #AirAsiaMAKNA... Dapat sepasang tiket flight...

$
0
0
Dulu aku pernah hebahkan pasal kempen Air Asia bagi membantu mengumpul dana untuk Majlis Kanser Nasional Malaysia (MAKNA)... Klik siniuntuk membaca...

Dalam kempen #AirAsiaMAKNA tu, diorang ade jual tshirt khas untuk kempen ni dan hasil jualan tshirt tersebut akan disalurkan sepenuhnya kepada tabung MAKNA...

Dannnn... sambil membeli dan menderma tu, Air Asia ada buat simple contest kat Instagram... Juz ambik gambar dengan memakai TShirt #AirAsiaMAKNA dan post kan di instagram sendiri dengan meletakkan hashtag #AirAsiaMAKNA... simple jer kannn... dengan hanya letak hashtag tu dah dikira menghantar penyertaan bagi contest ni...

Aku ada hantar beberapa penyertaan untuk support contest ni selain membantu untuk sebarkan pasal kempen ni kepada umum... Bawah ni antara gambar penyertaan aku :





Alhamdulillah gambar aku yang ni menang tempat ketiga... 

Hoyeaaahhhh... Masa majlis pengumuman ni aku tak hadir dan tak tahu menahu pun... tibe-tibe jer member-member blogger PM, What'sApp dan post kat wall fb aku bagi tau pasal kemenangan ni...


Thanks korang yang sudi ambikkan gambar...

Aku memenangi sepasang tiket pergi dan balik ke Langkawi... Ok la kannn... Sape nak bagi tiket Free oiii...  Ni kali kedua aku dapat ticket Free dari Air Asia.. Yang 1st dulu dapat sepasang ticket pergi balik ke Cebu, Filipin... Klik sini untuk baca...

Gambar pemenang lain... Pemenang no 1 yang gambar tengah baring tu memenangi sepasang tiket ke Sapporo, Japan... Pemenang tempat kedua yang gambar family tu dapat sepasang tiket ke Maldives... Tahniah untuk pemenang tempat pertama dan kedua...



M | Boutique Hotel - Hotel Hipster Seram Yang Super Best

$
0
0
Kalau korang mencari hotel menarik kat Ipoh, aku rekemen korang stay kat M | Boutique Hotel... Aku secara tak sengaja ter menginap kat hotel ni untuk 1 malam... Sebelum ke sini memang aku tak survey langsung pasal hotel ni... gasak jer janji boleh tido...



Masa sampai hotel ni terkejut gak aku sebab hotel ni kecik jer... ingatkan hotel yang bertingkek-tingkek yang ada swimming pool bagai... huhuhu... penat jer bawak seluar mandi...

M | Boutique Hotel Ipoh ni adalah hotel yang berkonsepkan hipster... terletak kat deretan kedai setinggi 3 tingkat... 

Sebelum ni aku tak tahu menahu pun apa itu Hipster... Bile dah sampai kat Ipoh ni baru la aku teruja nak tahu lebih lanjut pasal hipster... patut la ade orang kata Ipoh adalah bandar hipster... next entry nanti aku cerita apa itu hipster okeh... Ni aku nak ceritakan dulu pasal hotel yang best giler ni...

Masuk jer dalam hotel ni aku dah terpaku dah... Umangaiiii... Lawa giler.... Seriussss lawaaaa... Tibe-tibe menyesal tak bawak DLSR aku... Nasib baik ade standby monopod... kahkahkah...


Masa chekin aku suka bila staff sini gunakan bahasa melayu sepenuhnya masa proses pendaftaran... Biase bile aku ke mana-mana hotel kat Malaysia, staff jaga kaunter mesti fefeeling macam kejer kat hotel luar negara... Grrr... 

Tapi nak lagi best kalau staff hotel ni guna dialek tempatan... Haaa lagi best kann... dapat dengar loghat Perak... baru la ade identiti tu kannn.... Hehehe... Ok ok takyah nak membebal lebih-lebih... Nah aku biarkan gambar berbicara...


Ni baru kat Lobby bawah jer ni... Setiap ruang yang ada digunakan sebaiknya untuk dekorasi yang unik dan menarik...

Bilik aku kat tingkat 2 tapi sebab staff situ cakap aku boleh ke tingkat 1 untuk gunakan facilities yang ada... Maka jom laaa kite ushar tengok ape yang ada kat tingkat 1... 


Keluar jer dari lift rasa macam scary giler tapi menarik... Tingkat 1 ni dinamakan Adventure Floor... 

Ade gym...


Ade ruang santai untuk lepak-lepak... boleh baca news paper ke.. majalah ke...

Boleh akses internet jugak....

Dan menariknya kat sini jugak ada ruang membasuh yang boleh digunakan secara percuma... Boleh basuh baju dan terus keringkan... sabun dan pelembut disediakan percuma... Bilik iron pun ade kat sini... dan semue yang ade ni disediakan secara PERCUMA untuk penghuni hotel ni... 

Ermmm... Aku nak request hotel sediakan bilik jacuzzy boleh x? Atau pun bilik sauna... Hahaha...

Okeh jom ke tingkat 2... Ni ruang lobby kat tingkat 2... 


Tingkat 2 dinamakan Majestic Floor... 

Suasana masih agak seram dan sunyi... tapi cantikkkk...

Cuba tengok laluan ke bilik... disebabkan lantai kayu... masa ko jalan tu akan dengar bunyi tapak kaki... dah la hotel ni sunyi sepi takde music... scaryyy... but i loike very muchhhhh....

Tapi sebenarnya bilik aku takyah jalan jejauh pun... dekat dengan lif jer... Bilik ni agak tersorok dan peliknya ade sofa kat luar bilik... Tak tau apa motif kerusi tu... Haihhh...

Aku ambik bilik single...

Alahai bilik sempit  jer tapi sangat kemas dan bersih... Dekorasi simple dan menarik... yang tak bestnyer sebab bilik ni takde tingkap... tapi ok jer bagi aku sebab bangunan tiga tingkat macam ni ko nak tengok ape jer pun kannn...

Bilik air die takde pintu... kirenyer kalau ko berak dan hasil ko tu berbau sangat dasyat... maka 1 ruang bilik tu la berbau... hahaha... Hari tu aku ade ajak member follow aku sekali ke Ipoh... nasib baik die tak jadi ikut... Bayangkan kalau kitorang berkongsi bilik ni... Muahahaha...

Deco dalam bilik air simple dan kemas... dan paling utama of coz kebersihan... aku boleh bagi 5 star untuk kebersihan bilik ni...

Ni cafe untuk breakfast...

Ruang dalam cafe... alahai romantiknyaaaa...

Breakfast sini tak banyak pilihan... takde buffet... die bagi pilihan nak set A, B atau C... dalam set tu dah ade ape menu die... pilih jer...

Mood macam ni memang terbaek bile pekena secawan kopi sambil layan media sosial...

Ni set yang aku ambik... Hmmm... ok la kannn... Selain breakfast kat cafe ni, boleh juga breakfast kat Old Town White Coffee yang memang berkembar dengan hotel ni... kena pilih salah satu...

Okeh... Ni part yang orang selalu tanya bila baca pasal review hotel... berapa rate bilik kat M | Boutique Hotel ni???... Nah aku dah dapatkan rate hotel untuk korang...

Abaikan yang Rack Rates tu... Refer yang BAR Rates tu jer... Yang tulisan tangan pen biru tu untuk rate government... Next time aku ke sini boleh la aku pakai rate gomen tuuu... Ngeeee... Ni aku dah janji nak bawak Miss Permaisuri bercuti kat Ipoh hujung tahun ni... Die request nak stay sini... Hmmm... 

Kalau korang nak booking lebih mudah guna Agoda.com sebab rate kat situ kadang-kadang lebih murah... Klik sini untuk booking..


Detail :
M | Boutique Hotel
Tel : 05-255 5566


Makan Kimchi di Seoul Garden, Sunway Putra

$
0
0
Nama jer peminat Running Man tapi makanan Korea tak pernah try pun... Huh... Dah banyak kali aku tengok citer Running Man diorang dok makan kimchi... Reaksi diorang macam sedap sangat jer kimchi tu... Tapi Korean style memang gitu... ekspressi muke selalu over... Huh...

Ni bile geng geng office aku buat majlis farewell officemate kat Seoul Garden, Sunway Putra... Boleh la aku nak mencuba kimchi kat situ... Teruja pulak bila pertama kali cuba makanan Korea ni...


Yang tak tahu rupa kimchi tu macam mana... Ni laaa rupa kimchi... Jeruk kobis sebenarnya... Rasa?? Ok jer bagi aku... boleh diterima anak tekak ni... Orang kate kalau makan dengan maggie atau makanan lain rasanya akan lagi sedap... Tapi tadi aku ratah gitu jer...

Makan kat Seoul Garden ni ade dua kekdah... ada buffet dan ala cart... Kitorang ambik yang buffet... boleh makan segala apa yang ada sampai muntah berulang kali...

Banyaaaaaak giler pilihan menu yang ada... Korang tengok sendiri gambar bawah ni...

Ada pelbagai pilihan daging, ayam, seafood aneka rasa.. Aneka noodle pun ade... Lupe lak nak ambik gambar... Tapi diorang kate kat Seold Garden lain lagi banyak pilihan menu compare dekat Sunway Putra ni...

Ade aneka pilihan sushi...

Sayur pun ade banyakkkk jenis...

Aneka sos dan kicap...

Kekdah makan die same jer macam makan kat steamboat... Pilih-pilih segala daging, ayam, sayur semua tu pastu celur dalam sup atau bakar... Aku jarang masuk restoran yang style gini sebab ade anak kecik kannn... memang leceh... Kang tak sempat nak membakar merebus semua tu diorang dah buat hal...

Tadi member aku ajar cara makan orang korea... ambik sayur selai pastu letak daging ke.. ayam ke... seafood ke... pastu letak la sos macam-macam dalam tu pastu gumpal-gumpal pastu sumbat masuk dalam mulut seketul penuh tu... Makan bende ni tak boleh gigit sikit-sikit... patut la aku tengok dalam citer Running Man tu diorang makan bende gini sumbat terus masuk dalam penuh sampai kembung pipi...

Haaa nampak??? Ni kalau orang tua-tua tengok mau kena marah ni... makan 'polok' kata orang belah utara... hahaha...

Desert... aiskrim pun ada...

Pilihan air pun banyak... panas sejuk semua ada...

Fuhhh... berselera masing-masing...

Ni pakej yang ada kat Seoul Garden... Buffet RM36 per person...

Cumanya jangan membazir sebab nanti kena caj RM8 per 100gram... Apa yang korang letak atas meja kena habiskannnn... Bagi aku ok harga kat sini ok jer... Tak mahal sangat dan tak murah... Untuk majlis keraian macam ni memang sesuai...

Apapun.. selamat bersara untuk Kak Rose... semoga Kak Rose sentiasa sihat dan kuat... Dah habis dah time Kak Rose untuk meredah jem tiap pagi ke office... Dah takde lagi dah nak peningkan kepala fikir hal pejabat... Lepas ni boleh fokus kepada keluarga dan cucu jer.. hehehe...

Nanti kalau Kak Rose rindukan kami rajin-rajin la bukak blog ni tau... Cari balik gambar ni... hehehe..


Preview Roadshow The Parenthood - Shoping Keperluan Bayi Di London Street

$
0
0
Dulu dikenali sebagai The Mall tapi lepas dinaiktaraf bertukar nama jadi Sunway Putra... Baru semalam dok borak dengan kengkawan yang katanya The Mall dulu siap ade indoor theme park macam kat Times Square tu... Uihhh... tak tahu pulak aku... Setahu aku The Mall dulu memang antara mall yang boring giler sebab takde yang menarik pun...

Tapi lepas naiktaraf kepada Sunway Putra memang totally berbeza dengan mall yang lama... Dulu kalau pergi PWTC tak teringin pun nak singgah kat The Mall walaupun mall tu hanya seberang jalan dengan PWTC jer... Tapi sekarang ni dah lain giler... Dari luar pun dah nampak gahhh... 

Sunway Putra dah jadi salah satu Mall yang wajib pergi bila nak shoping atau window shoping... Banyak kedai menarik yang ada kat situ... dari produk orang dewasa sampai la kepada keperluan untuk anak-anak...

Antara yang jadi tumpuan kat Sunway Putra Mall sekarang adalah Sekarang ni yang jadi tumpuan kat Sunway Putra sekarang adalah The Parenthood Preview Roadshow untuk Family Park bertemakan London Street yang pertama di Malaysia... Boleh dikatakan sebagai 1 stop centre untuk segala keperluan si kecil dan ibu bapa... 


The Parenthood Preview Roadshow ni sedang berlangsung sekarang dan akan berakhir pada 1 November 2015... Tinggal berapa hari jer lagi... Sempat lagi ni kalau korang nak ke sana... 

Aku tertarik dengan konsep Preview Roadshow ni iaitu London Street... Korang tengok sendiri gambar yang aku ambik kat bawah ni... 


Menarik kannn... Selain shoping, kat sini juga disediakan ruang untuk si anak meluangkan masa dan leka dengan aktiviti yang disediakan... Sambil si mak dok cari barang, si bapak boleh la temankan anak buat aktiviti kat sini...

Boleh mewarna... Semua kelengkapan mewarna disediakan secara percuma...

Kemain fokus Akiff mewarna... Ni bukan pertandingan mewarna pun tapi ni sekadar suka-suka... bebudak biasa la kannn... bila dah tengok ade kawan dok mewarna, die pun sebok la nak menumpang...

Selain tu, anak-anak jugak boleh main mainan yang disediakan kat sini... Yang menariknya, kebanyakannya mainan adalah berkonsepkan learn and play...

Antara yang terdapat di sana... ikutkan banyaaaaaak lagi barang macam botol susu ker, pampers ke tapi banyak pulak gambar kalau aku nak share semua...


Haaa ni satu yang aku nak bagi tau... selama ni dah puas aku mencari topeng muka jerebu yang comey-comey cenggini... Rupanya ada jual kat sini dengan macam-macam design... ada saiz kanak-kanak dan dewasa... Murahhhh!!! RM15 jer...

So, korang kena cepat ke sini sebab The Parenthood Preview Roadshow ni akan berakhir 1 November 2015 iaitu hari ahad ni...

Lepas ni diorang akan berpindah ke tingkat 2 pulak sebab preview roadshow ni hanya sekadar jualan pengenalan sebelum The Parenthood Family Park yang bertemakan London Street dibuka...

Tadaaaaa.... COMING SOON!!! Inilah dia bakal tarikan terbaru di Sunway Putra Mall nanti... Kat sini bukan jer sebagai tempat parents shoping segala keperluan baby ala-ala di Kota London tapi kat sini jugak tempat untuk si anak bermain dan belajar...

Sementara anak dok main, parents pulak boleh shoping dengan tenang dan boleh buat apa yang parents suka tanpa risaukan si kecil sebab kat dalam ni nanti selain kedai-kedai jualan berkonsepkan London Street, ada jugak cafe, saloon, massage,facial, pedicure dan manicure, function room dan macam-macam lagi...

Aku sempat melawat proses akhir persiapan The Parenthood London Street Family Park ni... Serius aku teruja dengan apa yang bakal dibuka nanti... Meh aku tunjuk sikit...

London Bas pun ada tapi belum siap sepenuhnya lagi...

Dan paling menarik semestinya Kingdom Playground by The Parenthood...

Ni bukan playground yang biasa tapi konsep playground sini adalah play and learn... sebab semua yang disediakan kat sini akan menguji skill dan mengasah moto pemikiran anak-anak... 

Antara permainan yang disediakan adalah trasure hunt games, flying fox, spider tower, transparent spiral slide, mini trampoline, tunnnel and bridges, wall climbing dan banyaaaaaak lagi... bukan anak jer teruja ni... mak pak pun tumpang teruja sekali tengok semua ni...

Pasal security dan safety kat sini memang antara perkara yang diberi perhatian utama... Aku nak cerita lebih-lebih tak boleh lagi tapi korang kena tunggu nanti dah siap aku cerita detail ok... Cukup sekadar korang tahu Sunway Putra Mall dah boleh dimasukkan dalam list korang untuk bawak anak-anak berjalan dan shoping...

The Parenthood London Street Family Park dijangka dibuka kepada umum bermula 15 November 2015 (soft launch)... Tapi untuk Grand Launching dijangka pada 5 Disember 2015.... Tak lambat dahhh... So, mark your calender!!!

Untuk maklumat lanjut boleh layari Facebook The Parenthood(klik) atau MIPC (klik) atau My Kingdom(klik)




Ko yang sengal... Anak ko yang kena...

$
0
0
Kejadian baru jer berlaku depan mata aku time lunch tadi... seekor bapak budak yang leka bercakap kat telefon sampai anak die hilang dari pandangan... 

Tadi aku nampak ade sorang budak kecik sebaya Akiff rasanya masuk dalam kawasan larangan dalam gambar atas ni... Kat situ kan ade corak kat lantai yang dibuat dari beras tu... 

Budak tu masuk situ dan pijak beras tu... kelam kabut guard Nepal yang ada kat situ tiup wisel dan suruh budak tu keluar dari kawasan tu... Time tu bapak budak tu dok leka jawab call... Die tak sedar pun anak die dah masuk situ...

Pastu bile die dah sedar ank die masuk dalam tu bukan die cepat-cepat nak ambik anak die... still rilex sambil cakap fon... Haih... pastu sambil fon melekat kat telingan die piat telinga budak tu... Meraung budak tu kat situ... Patutnya piat telinga ko tu sendiri sebab terleka abaikan anak... budak tu mana la nak faham situ kawasan larangan... Haihhh...

Geram lak aku kat bapak budak tu... Buatnya budak tu hilang pun die tak sedar sebab sebok sangat cakap kat telefon... Grrr....

Ni pesanan untuk aku dan jugak korang jugak... next time kena sentiasa perhatikan anak kalau keluar kemana pun... sekarang ni banyak sangat kes culikkk... takut wehhhhh.... jangan sebab kelalaian kite tu nanti menyesal seumur hidup...


Pretz n' Beanz Cafe - Wajib singgah bila ke IKEA

$
0
0
Korang kalau pergi Ikea biasanya kat mana korang makan... mesti cafe kat Ikea tu kann... sebab menu die yang special dan takda kat tempat lain... betul tak?

Dulu aku memang yer... tapi sekarang memang dah jarang aku singgah cafe kat Ikea tu sebab sesak giler... Ya ampunnnn... bilangan manusia lagi banyak dari bilangan meatball... Hahaha... Nak makan pun tak tenang sebab orang dah berdiri sebelah sebab nak booking meja...

Ni aku nak rekemen kat korang cafe yang korang boleh makan dengan tenang sambil menikmati menu special yang ada kat situ bila setiap kali korang ke Ikea... Pritzel dan pizza yang lain dari yang lain... memang tak ada kat tempat lain melainkan kat Pretz n Beanz Cafe...


Pretz n' Beanz Cafe betul-betul tepi entrance masuk Ikea kalau dari Ikano Power Center (IPC)... Bertentang dengan Starbuck...

Pretz n' Beanz Cafe ni masih baru dibuka... start dibuka pada bulan Julai 2014... Kini mempunyai 2 cawangan iaitu di Ikano Power Center dan jugak di Solaris, Mont Kiara...

Aku suka suasana dan persekitaran dalam cafe... teratur, simple dan selesa... kalau macam aku datang bawak baby dengan stroller rasanya takda masalah sebab ruang dalam cafe memang selesa... Haaa.... Cafe ni jugak ade Wifi...


Kalau yang smoking tu boleh lepak kat luar cafe... punnnn selesa...

Istimewanya cafe ni adalah dia punya menu... segala pretzel, pizza, pastry, kek dan semua yang ada kat sini dibuat di kilang diorang sendiri... dan diorang ni ade standard diorang sendiri yang sangat dijaga dari segi kualiti makanan...

Prizel Basil Cheese - RM7.30
Bagi korang yang dah biasa makan pretzel memang wajib cuba yang kat sini pulak... pretzel kat sini memang sedap dan lembut... Doh pritzel dibuat dikilang dengan kualiti kontrol yang sangat ketat... 

Sebelum ni aku ingatkan pretzel memang texture die liat sikit sebab yang selama ni aku makan semue rasa macam tu... Rupenyer tak... Kat sini elok jer lembut walaupun dah sejuk...

Pretz n' Stew Chicken Green Curry - RM17.90 (WAJIB CUBA)
Dan menariknya kat sini korang boleh makan pritzel dengan pelbagai cara... contohnya macam menu yang aku makan atas ni... Aku bagi 5 bintang untuk menu ni... Pritzel n' Stew ni adalah yang pertama di Malaysia... so, korang wajib cuba sebab rasa stew dnegan pretzel ni memang ngam sangat...

Pretzel Pizza Hawaian Chicken (10") - RM22.15
Hah... Kalau nak menu yang lebih berat boleh cuba Pretzel Pizza ni sebab base pizza ni dibuat dari resepi yang sama untuk buat pritzel... Kat situ specialnya pizza kat sini... Walaupun dah sejuk dan lama still sedap lagi dimakan...

Green Tea Latte - RM11.90 (WAJIB CUBA)
Caffe Mocha - RM12.00
Caffe Green Mint Mocha - RM13.90
Hah... untuk peminat coffee macam aku korang boleh try macam-macam pilihan coffee yang ada kat sini... Gambar atas ni yang aku dah try... Paling aku suke Green Tea Latte...

Volcano Chocolate Cake With Ice Cream - RM 13.65 (WAJIB CUBA)
Telan air liur kejap bile upload gambar coklat kek ni... Adehhh... Kalau Akiff ade time ni kompom aku tak dapat merasa ni,.. memang kena order sorang satu... Luar kek rasa garing pastu dalam lembut siap ade coklat cair... makan pulak skali dengan ais krim tu... Hwaaa... Hari tu aku share dengan Redscarz rasa macam tak cukup lak... Demmm...

Okeh.... Itu jer menu yang sempat aku cube masa ke sana baru-baru ni... kenyang sangat dah... tak mampu dah nak try menu lain walaupun perut ni masih mengharap disumbat dengan spaghetty, fish n chip, sandwich, waffle dan banyaaaak lagi menu lain... Hahaha... Ingat aku bela saka ker nak makan semua tu sekali harunggg.... takpe nanti boleh repeat lagi... 

Korang yang tersesat ke Ikea lepas ni sila singgah kat Pretz n' Beanz Cafe ni okeh kalau tak percaya dengan apa yang aku tulis ni... aku berani rekemen cafe ni sebab memang aku puas hati...


www.pretznbeanz.com
Facebook : Pretz n' Beanz Cafe (klik)
Tel : 03-7732 0175

G23, Ground Floor,
IPC Shopping Centre,
No. 2, Jalan PJU 7/2, Mutiara Damansara,
47800 Petaling Jaya, Selangor.


Haaa... kalau korang nak order untuk delivery pun boleh... tapi untuk yang kawasan sekitar Mutiara Damansara jer la... Boleh hubungi 010-9507 393 untuk order... Kat bawah aku bagi katalog sebagai rujukan... klik gambar untuk lebih jelas...







Ibu bapa wajib ada benda ni di rumah...

$
0
0
Teringat masa aku kecik dulu mak ade simpan kertas kecik sekeping yang macam dalam gambar kat bawah ni... Bila demam mak ambik mendalah tu letak kat dahi... Dulu masa kecik memang tak tahu yang benda tu untuk sukat suhu... Cuma yang aku tahu, benda ni nak chek demam ke tak...

Sekarang ni bile dah besar baru la tahu mendalah kertas kecik ni adalah thermometer...

Bila aku dah ade anak, mak kata kena beli thermometer simpan kat rumah... Kalau anak demam senang nak pantau suhu... Jangan bagi suhu badan cecah 40c...

So, aku beli termometer yang macam gambar atas ni... Harga dalam belas ringgit jer rasanya... Tak ingat dah... Tapi jenis macam ni leceh sikit... Nak kena letak celah ketiak pastu kena tunggu lama baru dapat bacaan... Budak demam pulak mesti mood tak ok... kadang-kadang nak chek suhu punya la susah sebab diorang tak selesa letak termometer ni kat celah ketiak...


Sebab jenis thermometer tu yang kurang praktikal untuk chek demam baby... Aku beli termometer yang macam gambar atas ni pulak... Harga dalam RM50 kottt.. Tak ingat dah sebab dah lama beli... Yang ni best sebab cepat dan senang... Letak jer kat lubang telinga atau kat dahi pastu dalam sesaat dah dapat bacaan...

Mula-mula tu ok... Lama-lama thermometer tu pun dah tak betul... suhu suke-suke hati die jer... Huh... Terlalu sensitif pun susah gak... Chek kat telinga bacaan lain... chek kat dahi bacaan lain... Haihhh...

Pastu baru-baru ni beli pulak thermometer jenis pistol ni... Mulanya aku nampak kat klinik area rumah aku ade guna jenis yang macam ni... Pastu tibe-tibe ade pulak iklan kat facebook jual termometer ni... Terus la beli... RM100 jer... Yang ni so far memang ok... Juz tembak jer kat dahi atau badan baby untuk tahu suhu... tak perlu sampai sentuh kulit pun... Sekelip mata dah dapat bacaan...

Sebagai parents korang perlu ada 1 thermometer kat rumah... kena standby untuk chek suhu... tak kisah la yang macam mana pun asalkan ade...


Ambi Pur dan FC Barcelona Jalin Kerjasama... Ada Hadiah Percutian Ke Barcelona...

$
0
0
Ambi Pur sememangnya dah gah sebagai satu jenama air freshener yang dikenali di seluruh dunia manakala FC Barcelona pulak merupakan kelab bola sepak paling disegani di dunia... Masing-masing adalah nama besar dalam bidang masing-masing... Kini dua jenama besar ini bergabung dan menjalin kerjasama bersama dan pastinya ia akan memberikan impak positif kepada kedua-dua pihak...

Baru-baru ni berlangsung satu majlis untuk mengumumkan kerjasama antara Ambi Pur dan FC Barcelona di Marble 8 Bar & Private, Kuala Lumpur... Acara simbolik bagi kerjasama ini adalah pertukaran jersey dan produk Ambi Pur yang disempurnakan oleh Nicolas de la Giroday bersama-sama Zulfiqar Mahar serta Xavier Asensi selaku Pengarah Urusan FC Barselona Asia Pacific...

Fuhhh... sekali tengok Xavier Asensi ni macam player Barcelona jugak... hensem-hensem mat saleh Sepanyol ni... kalau aku dok sane gini jugak kot muke aku... hahaha...

Nicolas de la Giroday iaitu Ketua Pegawai Eksekutif P&G Malaysia, Singapura dan Brunei... "Kerjasama ini berperanan untuk mengukuhkan lagi jenama serta menguatkan hubungan dan pertalian kami dengan pengguna dalam minat yang sama terhadap sukan bola sepak..."
Zulfiqar Mahar iaitu Penolong Pengarah Jenama Ambi Pur... "Kami berbangga kerana Ambi Pur kini berkembang menjadi salah satu jenama penyegar udara paling dipercayai di dunia..." 

Xavier Asensi selaku Pengarah Urusan FC Barselona Asia Pacific... "Kami yakin bahawa kerjasama ini adalah detik permulaan perjalanan jauh yang akan membawa FC Barcelona lebih dekat dengan penyokong di rantau ini dengan menampilkan wangian segar setiap hari..."

Kerjasama ini akan diaktifkan di 6 buah negara Asia iaitu Hong Kong, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand... Harith Iskandar selaku pengacara majlis turut mengumumkan 'Peraduan Menangi Percutian ke Barcelona' dan permainan sepakan penalty shootout turut dilancarkan dan akan menjelajah ke seluruh negara menggunakan bas khas...

Haaa... ini lah bas jelajah Ambi Pur & FC Barcelona yang akan menjelajah seluruh negara bermula 30 November ini sehingga 27 Disember 2015... 

Fahrin Ahmad bersama Xavier Asensi, Zulfiqar dan Nicolas de la Giroday dihadapan bas jelajah FC Barcelona bersama Ambi Pur...
Sebelum masuk ke dalam bas jom kite selfie dulu... Biase selfie dengan orang jer kan... Kali ni selfie dengan bas... wakaka...
Huh... Bas bersepah dengan baju, seluar, tuala, kasut dan stoking yang berbau busuk dan peluh... Tapi sejujurnya aku tak bau langsung semua tu masa berada di dalam bas tu... Fahrin Ahmad suruh pergi bau sendiri kasut semua tu secara dekat bagi membuktikan yang semua tu bukan dummy tapi real punya busuk busuk tapi dengan haruman Ambi Pur yang digunakan dalam bas ni berjaya menghilangkan bau busuk tu...

Penalty Shootout... aku dah try... dalam 3 percubaan dapat masuk 1... kehkehkeh... ok la kann...
Okeh... Ni peringatan untuk korang semua... jangan lupa untuk try penalty shootout ni di Pameran Jelajah Ambi Pur & FC Barcelona yang akan berhenti di kedai-kedai terpilih di seluruh negara... Kalau nampak ade bas ni korang wajib try penalty shootout ni okeh... sebab korang berpeluang untuk dapat pelbagai barangan exclusive....

Dan jangan lupa beli mana-mana 2 pewangi kereta Ambi Pur Car dalam 1 resit dan hantarkan SMS ke 0163361301 bersama detail seperti nombor resit, nama, nombor ic dan lengkapkan slogan "Ambi Pur dengan FC Barcelona menyegarkan perjalanan kami ke arah kejayaan kerana...." tidak kurang dari 30 patah perkataan... Hadiah utama adalah percutian 5 hari 4 malam ke Nou Camp, Barcelona... Fuhhhh... kalau dapat ni memang mimpi jadi kenyataan laaa....

Hah... antara blogger yang hadir masa majlis yang berlangsung baru-baru ni... ni bestnyer jadi blogger... ambik gambar dan bergambar... hahaha... benda wajib tuuu...
Untuk maklumat lanjut boleh dapatkan di Facebook Ambi Pur (klik)


Ambik kesempatan selepas hujan...

$
0
0
Ambik kesempatan selepas hujan... Udara segar tanpa jerebu... Terasa bagai mimpi ngeri masa musim jerebu hari tu... Time tu baru rasa nak bersyukur bertapa nikmatnya udara segar... Kalau tak sebelum ni buat tak tahu jer kannn... Hambekkk... Sekali Allah nak tunjuk terus tersentak...

Sebelum ni selalu jugak aku bawak Akiff ke tasik untuk main kat playground situ... Sejak jerebu hari tu memang dah stop segala aktiviti luar... Pastu baru-baru ni terfikir nak ajak Akiff jogging kat tasik area rumah ni since jerebu pun dah takde...

Akiff yang paling seronok bila aku ajak jogging... Semangat berkobar-kobar...

Masa ni hujan baru berhenti... Laluan jogging agak berlopak dengan air.. Tapi itu yang best sebenarnya...

Akiff yang bersemangat waja... Die pulak yang lead jogging...

Nampak??? Kat kawasan air bertakung lagi laju die lari...

Dah tak fedulik orang lain dah... Semue die nak cilok... 

Makin lama makin jauh meninggalkan aku... Haihh budak ni... Mana datang ntah tenaga kuda budak ni... Bayangkan track yang sejauh lebih kurang 2km tu selamber die jer lari tanpa henti... Abah die ni yang semput nak mengejar... 

Bile dah habis 1 pusingan tasik tu terus tercungap-cungap dia... Aku ajak pusing 2nd round die dah tak nak dah... Ingatkan dah penat, rupenyer nak sambung main kat playground situ... Haihhh...

Viewing all 736 articles
Browse latest View live